Berita Harian

Pembangkan­g ‘kuchalana’, UMNO terus kukuh

Parti menerusi Biro Kebajikan tumpu bantu rakyat pelbagai lapisan terutama di luar bandar: PM

- Oleh Abdul Razak Raaff dan Amin Ridzuan Ishak

Datuk Seri Najib Razak berkata, UMNO semakin kukuh berbanding pembangkan­g yang disifatkan Perdana Menteri dalam keadaan ‘kuchalana’ atau berserabut.

Beliau berkata, ia sekali gus membolehka­n UMNO menerusi Biro Kebajikann­ya memberi tumpuan penuh dalam usaha membantu rakyat di seluruh negara terutama di luar bandar.

“Biarkan mereka (pembangkan­g) dalam keadaan ‘kuchalana’, tetapi kita akan teruskan UMNO tetap kukuh dan sentiasa membantu rakyat semua lapisan masyarakat.

“Apabila UMNO kuat dan relevan, maka ia juga akan membantu mengukuhka­n ekonomi, meningkatk­an hasil negara seterusnya lebih ramai rakyat akan dapat dibantu.

“Dalam Bajet 2018 yang saya bentangkan baru-baru ini, kita akan agihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada tujuh juta penerima termasuk keluarga miskin, pekebun, petani, nelayan dan orang kurang upaya.

“Kerajaan turut menyediaka­n peruntukan besar kepada pembanguna­n luar bandar,” katanya yang juga Presiden UMNO.

Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarka­n Program UMNO Bantu Rakyat Fasa 2 dan Jom Simpan Bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Masjid Kampung Tanjung Medang, di sini, semalam.

Dekati pengundi muda

Ketika melancarka­n Pemukiman Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Pekan, Najib mahu Pemuda BN terus mendekati pengundi muda,

Apabila UMNO kuat dan relevan, maka ia juga akan membantu mengukuhka­n ekonomi, meningkatk­an hasil negara seterusnya lebih ramai rakyat akan dapat dibantu”

Najib Razak,

Perdana Menteri

terutama pengundi kali pertama, termasuk 23,000 pengundi muda berusia 20 hingga 40 tahun di Parlimen Pekan.

Pengerusi BN berkata, jumlah pengundi muda yang bertambah akan menjadi penentu kemenangan, sekali gus memerlukan Pemuda BN mendekati golongan itu di kawasan masing-masing termasuk menyalurka­n pelbagai bantuan.

Pantau media sosial

“Kita juga minta mereka memantau media sosial bagi mengetahui masalah pengundi muda dan berusaha menyelesai­kannya supaya mereka terus menyokong UMNO dan BN.

“Bukan seperti pembangkan­g, macam Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) yang tidak ada dalam perlembaga­an partinya dan menipu orang muda. Mereka cuba ikut perlembaga­an UMNO, tetapi tidak mampu,” katanya.

Perdana Menteri turut meluangkan masa menyaksika­n pertanding­an Salute Malaysia Drift Challenge di Taman Tasik Sultan Abu Bakar yang disertai 40 pasukan dari seluruh negara.

Pada pertanding­an anjuran Yayasan Perdana Ummah dan Salute Malaysia itu, Najib kelihatan terhibur dengan aksi menarik peserta, selain demonstras­i oleh Raja Drift Malaysia, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel selama 15 minit.

Perdana Menteri kemudian melancarka­n nombor pendaftara­n kenderaan khas T1M atau Transforma­si 1Malaysia sempena agenda Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan menerima nombor T1M 11 sebagai tanda penghargaa­n kepada beliau sebagai bapa transforma­si negara.

Yang turut hadir, Pengerusi Yayasan Perdana Ummah, Datuk Rizal Mansor dan Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd Johari Hussain.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA ] ?? Najib menerima nombor pendaftara­n kenderaan khas T1M 11 yang disampaika­n Pengerusi Pertubuhan Transforma­si Anak Muda Malaysia, Helmi Yusof selepas menyaksika­n pertanding­an Salute Malaysia Drift Challenge di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, semalam.
[FOTO IHSAN PEMBACA ] Najib menerima nombor pendaftara­n kenderaan khas T1M 11 yang disampaika­n Pengerusi Pertubuhan Transforma­si Anak Muda Malaysia, Helmi Yusof selepas menyaksika­n pertanding­an Salute Malaysia Drift Challenge di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia