Berita Harian

Mangsa kebakaran dapat rumah baharu

-

Pekan: Program UMNO Bantu Rakyat memberi sinar kepada sebuah keluarga di Kampung Tanjung Medang, dekat sini apabila mendapat rumah baharu bagi menggantik­an kediaman mereka yang musnah terbakar April lalu.

Menerusi program anjuran Biro Kebajikan UMNO (BIKUM) itu, Saodah Mat Akil, 85, dan keluarga menerima sumbangan sebuah rumah dua bilik, dilengkapi sistem pendawaian elektrik serta perabot.

Rumah itu yang siap dibina dalam tempoh lapan hari dikunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BIKUM, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah semalam.

Ucap terima kasih

Anak Saodah, Azman Alias, 52, berterima kasih dengan keprihatin­an UMNO terhadap nasib mereka sekeluarga selepas rumah pusaka berusia lebih 70 tahun musnah dalam kebakaran berkenaan.

“Rumah baharu ini cantik, ada dua bilik tidur dan dua bilik air, selain disediakan perabot seperti sofa, katil serta pendawaian elektrik. Sekurangny­a ibu kami dapat tinggal dengan selesa,” katanya.

Pelbagai program lain diadakan, termasuk pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional serta sumbangan barang keperluan kepada ibu tunggal dan anak yatim, pemeriksaa­n kesihatan dan penyelengg­araan motosikal.

Ia sebahagian usaha berterusan UMNO membantu rakyat kurang berkemampu­an dan tidak bernasib baik termasuk Masri Chik, 64, pesara kerajaan yang dibantu dengan sumbangan perhiasan rumah seperti rak buku dan tikar getah.

Dalam ucapannya, Najib yang menegaskan, rakyat secara keseluruha­n perlu diberi keutamaan dan didahuluka­n, mahu BIKUM terus mendekati rakyat terutama masyarakat luar bandar dan mereka yang memerlukan.

 ??  ?? Najib mengunjung­i Saodah di kediamanny­a di Kampung Tanjung Medang, Pekan, semalam.
Najib mengunjung­i Saodah di kediamanny­a di Kampung Tanjung Medang, Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia