Berita Harian

3,163 murid Tahun Satu terima deposit SSPN-I

55 sekolah di Parlimen Pekan terbabit program Jom Simpan Bersama PTPTN

- Oleh Abdul Razak Raaff dan Amin Ridzuan Ishak

Seramai 3,163 murid Tahun Satu daripada keluarga berpendapa­tan rendah (B40) di kawasan Parlimen Pekan, semalam menerima sumbangan deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I) berjumlah keseluruha­n RM316,300.

Murid dari 55 sekolah berkenaan menerima sumbangan RM100 setiap seorang daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan RM50 tambahan diberi kerajaan sebagai insentif khas Geran Sepadan.

Sumbangan disampaika­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan pada majlis pelancaran Program UMNO Bantu Rakyat Fasa 2 dan Jom Simpan Bersama PTPTN di Masjid Kampung Tanjung Medang, di sini.

Insentif khas

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata sumbangan itu pemangkin untuk ibu bapa memula penabungan dan terus konsisten menabung, sekali gus meningkatk­an motivasi untuk anak mereka cemerlang akademik.

“Insentif khas geran sepadan RM50 pula bagi menerapkan pentingnya amalan menabung. Walaupun dalam jumlah yang kecil, jika dilakukan sejak awal akan memberi kesenangan pada masa akan datang.

“Malah, insentif khas ini diteruskan pada tahun hadapan seperti diumumkan dalam Bajet 2018 menerusi peruntukan

Simpanan RM500 akan dimasukkan secara percuma jika jumlah simpanan dibuat pada tahun hadapan mencapai sekurang-kurangnya RM500” Shamsul Anuar Nasarah, Pengerusi PTPTN

RM250 juta kepada 500,000 kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun menabung dalam SSPN-I.

“Simpanan RM500 akan dimasukkan secara percuma jika jumlah simpanan dibuat tahun hadapan mencapai sekurangku­rangnya RM500,” katanya sambil menambah, PTPTN turut menyediaka­n cabutan bertuah kepada pendeposit.

Tambah tabungan

Katanya, mereka yang membuka atau menambah tabungan dalam akaun SSPN-I Plus berpeluang menyertai Cabutan Wow! 20 Tahun PTPTN yang menyediaka­n lebih 2,500 hadiah bernilai RM500,000 secara bulanan dan cabutan istimewa.

Sementara itu, suri rumah, S Kulamani, 47, dari Kampung Parit, berazam terus menambah tabungan SSPN-I anaknya, manakala Shahizan Saadon, 29, dari Tanah Putih, berkata Geran Sepadan membantu masyarakat luar bandar termasuk golongan berpendapa­tan rendah terus menabung.

 ?? [FOTO ZULKEPLI OSMAN/BH] ?? Najib diiringi Shamsul Anuar (tiga dari kiri) bersama pelajar Tahun Satu daripada keluarga berpendapa­tan rendah pada Program UMNO Bantu Rakyat Fasa 2 dan Jom Simpan Bersama PTPTN di Kampung Tanjung Medang, Pekan, semalam.
[FOTO ZULKEPLI OSMAN/BH] Najib diiringi Shamsul Anuar (tiga dari kiri) bersama pelajar Tahun Satu daripada keluarga berpendapa­tan rendah pada Program UMNO Bantu Rakyat Fasa 2 dan Jom Simpan Bersama PTPTN di Kampung Tanjung Medang, Pekan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia