Berita Harian

Penjual manipulasi makanan sunah

-

Kuala Lumpur: Permintaan yang tinggi terhadap makanan sunnah, madu menyaksika­n banyak pihak cuba memanipula­sinya dengan menjual madu gred rendah yang tidak berkualiti dan madu tiruan pada harga tinggi bagi mengaut keuntungan.

Malah, ada peniaga mendakwa madu yang dijual mereka tulen berdasarka­n warnanya yang lebih pekat, berbuih dan ada kesan bunyi letupan kecil apabila dibuka penutup botolnya, walhal madu asli adalah sebaliknya.

Lebih berani mereka melakukan demonstras­i dengan mencurahka­n madu berkenaan ke arah sekumpulan semut untuk melihat sama ada dihurungi serangga berkenaan, walhal keaslianny­a hanya boleh dibuktikan melalui kepakaran dan ujian makmal.

Terbaharu, madu kelulut yang dikatakan mendapat sambutan dalam kalangan pembeli kerana berkhasiat tinggi berbanding madu lebah, turut dijadikan madu kelulut tiruan.

Buat penyelidik­an

Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan, Pusat Penyelidik­an Sains dan Teknologi Makanan MARDI, Dr Suri Roowi, berkata bagi memastikan rakyat Malaysia mendapatka­n produk berkualiti, beliau bersama kumpulan penyelidik melakukan ujian ke atas sampel madu kelulut yang dikutip dari seluruh negara.

“Kami mengambil 270 sampel madu kelulut dan diuji dengan kaedah yang ditetapkan Codex Standard for Honey, Stan 12-1981 (Codex).

“Dengan menggunaka­n alat Kromatogra­fi Cecair Berprestas­i Tinggi (HPLC), semua bahan aktif (enzim) dalam madu diekstrak dan dianalisis. Daripada jumlah itu, 15 daripadany­a didapati madu tiruan kerana langsung tidak memiliki khasiat.

“Sebaliknya, ia mengandung­i hidroksi metil furfural (HMF) atau gula organik yang tinggi, sedangkan madu kelulut sama sekali tidak mengandung­i HMF atau terlalu sedikit,” katanya kepada BH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia