Berita Harian

SL1M medan terbaik graduan dapat kerja

140,000 peserta dibantu sejak ditubuhkan pada 2011

- Oleh Haryani Ngah

Tiada pengalaman kerja, masalah komunikasi dan kurang keyakinan berdepan penemuduga antara faktor ramai graduan gagal mendapatka­n pekerjaan walaupun mempunyai keputusan cemerlang.

Menyedari kelemahan dihadapi graduan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melaksanak­an program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bagi membantu tahap kebolehpas­aran mereka sebaik tamat pengajian.

Sejak ditubuhkan Jun 2011 hingga Jun lalu, 140,000 peserta dibantu sama ada melalui pembabitan secara langsung dan tidak langsung pada program SL1M.

Kejayaan program SL1M membantu graduan memperoleh pekerjaan, mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentang­an Bajet 2018, baru-baru ini.

Bagi memastikan SL1M terus melaksanak­an peranannya, beberapa inisiatif disediakan, termasuk menyediaka­n peruntukan RM40 juta untuk program itu.

Bagi menjayakan SL1M, ia memerlukan komitmen syarikat swasta, jadi mana-mana syarikat swasta yang berjaya mendapat kontrak kerajaan, diwajib memperuntu­kkan satu peratus daripada nilai projek untuk program SL1M.

Perhatian Perdana Menteri itu sangat wajar kerana SL1M bukan membantu graduan daripada keluarga kurang berkemampu­an mendapat pekerjaan tetapi mengubah kehidupan daripada susah kepada selesa dan pada masa sama, memenuhi impian mereka bekerja di syarikat pilihan.

Kelebihan SL1M diakui Manbir Kaur Sukbir Singh, 31, yang gembira diterima menyertai program itu selepas enam bulan menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Kolej Universiti Metropolit­an Kuala Lumpur (KLMU).

“Saya datang daripada keluarga susah dan bapa bekerja sebagai tukang kebun sekolah. Untuk menambah pendapatan, bapa membawa lori selepas waktu kerja.

Tak bawa wang saku

“Ketika di sekolah, kadangkala saya dan kakak tidak membawa wang saku, menyebabka­n kami hanya melihat sahaja pelajar lain makan kerana kami tidak mampu.

“Kesukaran dilalui ketika kecil ini membuatkan saya bertekad mengubah kehidupan dan berusaha bersungguh-sungguh kerana hanya pendidikan mampu merealisas­ikannya,” katanya yang berasal dari Bentong.

Namun, impian itu tidak datang mudah kerana sebaik tamat pengajian, pelbagai usaha dilakukan Manbir untuk mendapat pekerjaan tetapi gagal.

Beliau yang terpandang iklan Sl1m-maybank mencuba nasib dan tidak menyangka diterima bekerja menerusi program SL1M.

“SL1M benar-benar mengubah kehidupan saya daripada susah ketika dulu menjadi selesa sekarang.

“Saya bukan sahaja bekerja dengan Maybank tetapi diberi peluang menyambung pelajaran dan baru saja menamatkan pengajian peringkat Sarjana Pengurusan Perniagaan,” katanya.

Temu duga di Kota Kinabalu

Sementara itu, Pajilawati Sakibun dari Kudat, Sabah, berterima kasih dengan sekretaria­t SL1M kerana mengadakan program temu duga terbuka di Kota Kinabalu.

“Tidak banyak peluang pekerjaan di Sabah, jadi apabila SL1M mengadakan program temu duga terbuka pada 2012, ia peluang keemasan untuk saya yang sedang mencari pekerjaan.

“Saya mengambil masa dua jam perjalanan dari Kudat ke Kota Kinabalu untuk menghadiri program SL1M-MAS dan bersyukur diterima menjadi pelatih SL1M,” katanya berkhidmat sebagai pegawai khidmat pelanggan MAS di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelanconga­n dari Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, untuk mendapatka­n pekerjaan, graduan perlu membuka minda dan sanggup berhijrah.

“Graduan sekarang beruntung kerana kerja mencari kita menerusi SL1M. Ketika bertugas menjaga kaunter, ramai pelanggan bertanya bagaimana saya mendapat kerja di MAS kerana ia bukan mudah.

“Saya memaklumka­n peluang ini datangnya daripada program SL1M yang banyak menyediaka­n peluang pekerjaan,” katanya.

SL1M benar-benar mengubah kehidupan saya daripada susah ketika dulu menjadi lebih selesa sekarang. Saya bukan sahaja bekerja dengan Maybank tetapi diberi peluang menyambung pelajaran dan baru sahaja menamatkan pengajian peringkat Sarjana Pengurusan Perniagaan”

Manbir Kaur Sukbir Singh

Tidak banyak peluang pekerjaan di Sabah, jadi apabila SL1M mengadakan program temu duga terbuka pada 2012, ia peluang keemasan untuk saya yang sedang mencari pekerjaan. Saya mengambil masa dua jam perjalanan dari Kudat ke Kota Kinabalu untuk menghadiri program SL1M-MAS dan bersyukur diterima menjadi pelatih SL1M”

Pajilawati Sakibun

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Program temu duga terbuka yang dianjur SL1M sentiasa menjadi tumpuan graduan untuk mencari pekerjaan.
[FOTO HIASAN] Program temu duga terbuka yang dianjur SL1M sentiasa menjadi tumpuan graduan untuk mencari pekerjaan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia