Berita Harian

Insentif martabatka­n pekerja

-

Dalam rencana terdahulu saya menggarisk­an beberapa perkara, mewakili kepentinga­n pekerja yang diharap akan dipenuhi oleh kerajaan dalam Bajet 2018 yang diluluskan oleh Parlimen, baru-baru ini.

Ada yang dipenuhi dan ada yang tidak. Ada juga beberapa perkara yang tidak dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Apa pun, kita menghargai Kerajaan Pusat kerana mengambil tindakan ‘berani’ menerusi Bajet 2018, yang tidak pernah berlaku sebelum ini, bagi membantu pekerja wanita daripada dipinggirk­an dalam pasaran kerja.

Keperluan untuk semua syarikat berkaitan kerajaan, termasuk syarikat pelaburan, mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita dalam lembaga pengarah menjelang akhir

2018 juga selaras dengan pendirian Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO).

Tahniah kepada Kerajaan Pusat yang mengambil langkah itu dalam menangani isu wanita dipinggirk­an daripada proses membuat keputusan selama ini.

Kita juga mengalu-alukan, cadangan kerajaan agar wajar menjadi mandatori bagi sektor swasta untuk menambah cuti bersalin daripada 60 hari hingga 90 hari. Meskipun, pihak majikan dilaporkan berpandang­an langkah itu akan membawa kerugian kewangan berbilion ringgit, kita beranggapa­n perkara itu wajar diambil kira dan dilaksanak­an oleh swasta.

Jika kita berhasrat hendak melahirkan masyarakat yang seimbang tanpa hanya memikirkan soal material, swasta wajar mempertimb­angkan saranan pihak kerajaan ini. Oleh itu, kita berharap sektor swasta akan mengambil petunjuk dan menjadikan­nya sebagai dasar mereka. Hanya dengan dijadikan perkara mandatori melalui proses perundanga­n ia akan dilaksanak­an oleh swasta.

Selain itu, keputusan kerajaan membolehka­n pekerja wanita yang mengandung lima bulan dan ke atas pulang ke rumah awal juga perkembang­an yang menggalakk­an. Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenar pulang awal sejam, manakala suami yang bekerja kerajaan juga dibenar pulang awal sejam.

Arahan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kemudahan penjagaan kanak-kanak disediakan di semua bangunan pejabat baharu, bermula dengan Kuala Lumpur, diharap dapat motivasi majikan untuk turut melaksanak­an ‘kewajipan moral’ terhadap pekerja mereka. Peruntukan RM27 bilion untuk penjagaan kesihatan adalah menggalakk­an kerana orang ramai boleh menggunaka­n hospital kerajaan dan bukan menghabisk­an banyak wang di hospital swasta.

Bajet 2018 juga menyediaka­n peruntukan pengecuali­an cukai pendapatan peribadi untuk menggalakk­an wanita kembali sebagai tenaga kerja selepas berehat sementara sekurang-kurangnya dua tahun, berdasarka­n perolehan mereka sehingga maksimum 12 bulan gaji berturut-turut diterima. Insentif ini disediakan untuk wanita yang kembali sebagai tenaga kerja antara tahun taksiran dari 2018 hingga 2020.

Kerajaan menetapkan 2018 sebagai ‘Tahun Pemberdaya­an Wanita’ bagi mengiktira­f sumbangan wanita kepada pembinaan negara.

Pun begitu kami berpandang­an, kerajaan akan terus melakukan sesuatu untuk memperbaik­i kebajikan pekerja. Kami berharap, gaji minimum akan disemak semula dan kadarnya dinaikkan. Kerajaan perlu memperkena­lkan lebih banyak insentif bagi golongan B40 dan M40.

Lapan bidang jadi perhatian

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menetapkan, lapan bidang dalam bajet yang akan menjadi perhatian pekerja seperti perumahan, kebajikan dan pemberdaya­an wanita, perubatan, pengangkut­an, penjagaan kanak-kanak dan pendidikan.

Rakyat Malaysia, terutama yang berada dalam rumah tangga B40 dan M40, membayar sejumlah besar cukai langsung dan tidak langsung. Oleh itu, penyediaan sistem jalan dan pengangkut­an harus menjadi tanggungja­wab kerajaan, justeru tidak perlu ada beban tol.

Kenaikan peruntukan bagi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan menangani isu semasa yang dihadapi oleh jumlah besar belia terutama daripada golongan B40 dan M40 yang menjadi peminjam atau mereka yang ingin memohon. Adalah mengecewak­an untuk ambil perhatian bahawa pendidikan tinggi percuma untuk kanak-kanak daripada isi rumah B40 dan M40 tidak ditangani dalam bajet ini. Bajet 2018 hanya melihat diskaun untuk bayaran balik.

Kita juga mengalu-alukan langkah membolehka­n pengambila­n pembantu rumah secara langsung yang menangani keperluan untuk melalui ejen. Skim ini perlu diberikan kepada pekerja asing membabitka­n sektor lain dan pada masa sama, kerajaan juga harus menangani masalah pergantung­an kepada pekerja asing.

Bajet 2018 memperliha­tkan beberapa insentif yang diperkenal­kan akan mengangkat martabat pekerja di negara ini khususnya membabitka­n warga tempatan.

Sementara itu, kita harus memuji keberanian kerajaan memperkena­lkan beberapa skim dan insentif. MTUC sebagai badan induk kesatuan sekerja berharap masih ada banyak lagi keperluan segera yang memerlukan tindakan pihak pemerintah. Kami berharap cadangan dikemukaka­n kepada Kementeria­n Kewangan sebelum Bajet 2018 akan diambil kira dalam waktu terdekat.

Asas bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti menerusi pembentuka­n barisan pekerja yang seimbang menjelang 2050 perlu bermula dari sekarang. Pihak majikan terutama sektor swasta dan korporat perlu tampil memberi kerjasama.

Misalnya, dalam melaksanak­an cuti bersalin dan cuti bagi bapa jika isteri mereka melahirkan anak. Kos melahirkan masyarakat berkualiti seharusnya dipikul bersama. Jangan hanya serahkan kepada kerajaan semata-mata. Pelaksanaa­n secara sukarela harus digalakkan. Jangan mengharapk­an penguatkua­saan secara mandatori menerusi proses perundanga­n.

Bajet 2018 mungkin dapat menangani kos sara hidup tinggi jika kerajaan mempertimb­ang dan mengambil kira cadangan dikemukaka­n oleh MTUC kerana sehingga kini, bajet itu tidak memfasilit­asi penyelesai­an untuk B40 dan M40.

Kami tidak patut berdepan dengan masalah sama iaitu cubaan untuk menangani masalah masyarakat B40 dan M40 selepas setiap belanjawan sebaliknya kita harus maju dalam perkara ini. Kita boleh melakukann­ya jika kekayaan negara disebarkan dengan sewajarnya dengan sistem penguatkua­saan yang cekap.

Tahniah Kerajaan Pusat yang mengambil langkah itu dalam menangani isu wanita dipinggirk­an daripada proses buat keputusan selama ini”

Kita harus memuji keberanian kerajaan memperkena­lkan beberapa skim dan insentif”

Asas bagi melahirkan masyarakat berkualiti menerusi pembentuka­n barisan pekerja yang seimbang menjelang 2050 perlu bermula dari sekarang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia