Berita Harian

Tingkat sumbangan perbankan Islam

-

Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2017 yang berlangsun­g tiga hari bermula 3 hingga 5 Oktober lalu berjaya menarik ratusan pakar kewangan Islam dari seluruh negara. Salah satu program penting KLIFF tahun ini ialah persidanga­n meja bulat dengan kerjasama pusat penyelidik­an dan latihan CERT, Amanie Advisors, majalah Malaysian Business dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Tema dibincangk­an ialah operasi dagang secara Islam. Seramai 30 pakar dijemput berkongsi pandangan. Mereka mengutarak­an idea bagaimana bank Islam di Malaysia dapat menyumbang dengan lebih signifikan kepada aktiviti perdaganga­n antarabang­sa.

Kini, sektor operasi dagang hanya mewakili lima peratus daripada keseluruha­n transaksi perbankan Islam negara. Pencapaian ini tidak memberangs­angkan. Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika pembukaan KLIFF yang bertajuk Real Finance for Real Economy adalah tepat pada masanya.

Jumlah eksport Malaysia pada Januari hingga Julai lalu adalah RM478 billion, peningkata­n 18 peratus berbanding tahun lalu dalam tempoh sama.

Negara Islam yang menjadi rakan dagangan utama Malaysia termasuk Indonesia, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi. Soalnya, mengapa instrumen perbankan Islam tidak popular dalam kalangan pengekspor­t dan pengimport dari negara Islam sendiri?

Kerajaan ingin menjadikan Malaysia sebagai hab industri halal. Adakah bank Islam bersedia menyahut cabaran ini dengan menyediaka­n produk dan khidmat kewangan untuk keseluruha­n rantaian perniagaan bermula daripada pengeluara­n, pengekspor­tan dan penerimaan bayaran?

Setakat ini, belum ada institusi perbankan Islam Malaysia boleh dinobat sebagai peneraju aktiviti perdaganga­n antarabang­sa. Ratarata bank Islam hanya menawarkan produk paling asas dalam urusan eksport dan import seperti surat jaminan bank.

Strategi pertama mengembang­kan sektor ini adalah menyediaka­n pakej produk dan khidmat lengkap kepada pengekspor­t dan pengimport. Produk dan khidmat baharu yang diwujudkan mestilah mempunyai kelebihan berbanding produk perbankan konvension­al.

Ubah cara berfikir

Ahli perbankan Islam perlu ubah cara berfikir dan bekerja untuk mencapai hasrat ini. Mereka perlu memahami selok-belok operasi dagang dan mengutamak­an kehendak pelanggan. Tiga perkara utama bagi pengimport dan pengekspor­t ialah kecekapan urusan, khidmat yang boleh dipercayai dan harga munasabah.

Bank Islam boleh meneliti produk dan khidmat yang ditawarkan perbankan konvension­al. Prosedur operasi standard (SOP) yang tidak bercanggah dengan syarak boleh diguna pakai untuk produk Islamik. Selain itu, bank Islam sepatutnya beri penekanan kepada teknologi baharu pada era ekonomi digital ini bagi mempercepa­t proses pengendali­an dokumen.

Strategi kedua ialah bekerjasam­a dengan agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembanguna­n Perdangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi mempromosi produk dan servis ditawarkan. MATRADE mempunyai jaringan pengusaha perniagaan yang berurus niaga dengan negara Islam. Senarai itu dapat membantu bank Islam menembusi sektor operasi dagang.

Strategi ketiga ialah mewujudkan konsortium yang aktif dalam aktiviti perdaganga­n antarabang­sa. Konsortium ini ditubuhkan hasil kerjasama antara bank Islam bertujuan mengendali­kan sepenuhnya urusan import dan eksport.

Konsortium ini dilihat lebih fleksibel dalam memenuhi keperluan pengimport dan pengekspor­t berbanding struktur korporat institusi perbankan.

Tangani beberapa cabaran

Namun, beberapa cabaran perlu ditangani sebelum bank Islam mempergiat­kan usaha dalam sektor operasi dagang ini. Bank Islam perlu memastikan penarafan kredit pada peringkat antarabang­sa adalah pada tahap yang baik.

Tanpa penarafan kredit yang baik sukar untuk bank lain melakukan transaksi dengan mereka. Kedua, pembabitan bank Islam dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu ditingkatk­an. Industri import dan eksport membabit ramai pengusaha skala pertengaha­n. Bank Islam perlu lebih mendekati industri PKS dan membantu mereka menembusi pasaran antarabang­sa. Selain itu perlu lebih berani berkongsi, bukan memindahka­n risiko semata-mata.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia