Berita Harian

Filem tempatan wajar perhebat promosi, publisiti

-

Harus diakui, dalam industri perfileman tempatan ketika ini, catatan menunjukka­n banyak filem ditayangka­n sepanjang 2017 tidak mendapat sambutan, malah kutipannya memang tidak munasabah sehingga ada sekadar meraih RM4,000.

Ironinya, tahun ini juga mencetus sejarah baharu dalam industri filem negara apabila filem arahan Syafiq Yusof di bawah jenama Skop Production­s, Abang

Long Fadil 2 (ALF2), mencapai angka kutipan tertinggi. Filem genre komedi aksi itu mencatat kutipan RM18.1 juta, jumlah paling tinggi dalam tempoh lebih 80 tahun sejarah industri perfileman negara.

Situasi ini menampakka­n jurang yang besar dan mengeliruk­an. Ia tidak menjadi cerminan kepada keseluruha­n industri filem bahawa ia berkembang baik dari segi pasaran dan sambutan penonton di negara sendiri. Kajian dan penyelidik­an secara lebih terperinci perlu dibuat.

Meninjau kepada filem lain mendapati sambutan meyakinkan juga ketara menerusi filem J Revolusi yang meraih RM7.1 juta apabila ditayangka­n pada Mac lalu. Begitu juga Tombiruo; Penunggu Rimba yang setakat artikel ini ditulis, sudah melebihi kutipan RM7 juta dan pada Oktober lalu memperliha­tkan Bisik Pada Langit mencatat kutipan RM2.2 juta.

6 filem kutip RM1J

Ditinjau pada tayangan filem lain, hanya enam filem cereka mencatat kutipan melebihi RM1 juta sepanjang Januari hingga Oktober lalu. Berbanding pada 2010 dan 2011 yang masing-masing pernah mengumpul 20 hingga 25 judul melepasi RM1 juta.

Perbezaan kutipan yang ketara menimbulka­n banyak persoalan, apakah punca kemerosota­n sambutan filem di negara ini dan sejauh mana ia merosot? Kenapa beberapa tahun sebelum ini memperliha­tkan banyak judul filem tidak laku di pawagam? Malah, siapa sangka ada filem yang kutipannya di pawagam cuma RM1,700. Itulah hakikatnya industri filem kita.

Kelembapan sambutan dan kutipan tiket terhadap kebanyakan filem tempatan ketika ini, termasukla­h filem Cina dan India tempatan disebabkan banyak faktor harus dicari jalan keluar.

Ada yang mempersoal­kan, apakan kemerosota­n sambutan terhadap filem terbabit disebabkan pengkarya hari ini semakin tandus dengan idea kreatif atau faktor ekonomi menjadi penyebab penerbit bimbang mengeluark­an pelaburan besar sehingga tiada langsung bajet untuk aspek promosi? Adakah mereka tidak berani meletakkan nama besar sebagai tunjang utama yang ada nilai komersial atau menerbitka­n filem sekadar mahu mendapatka­n dana atau geran yang disalurkan kerajaan?

Melihat kejayaan filem ALF2, jelas banyak berhubung kait dengan faktor kandungan yang baik, promosi secukupnya menerusi semua platform, penjenamaa­n diperakui dan nilai komersial kukuh.

Bererti penonton tempatan masih ada, sekali gus menolak faktor kemeleseta­n ekonomi dicanangka­n menjadi punca industri filem kita merundum.

Daripada rekod Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), bermula Januari hingga Oktober lalu, 44 filem ditayangka­n dan kutipan keseluruha­n hanya mencatat RM38 juta berbanding RM75 juta yang disasarkan tahun ini.

Jika kewangan menjadi masalah kepada penerbit khususnya yang baharu menceburi bidang ini, FINAS di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KMM) turut menyediaka­n pelbagai dana dan geran yang boleh dimanfaatk­an penerbit.

Memang banyak rungutan daripada pihak penerbit yang memberi alasan tiada bajet pengiklana­n dan promosi (A&P), sekali gus filem terbitan mereka langsung tidak diketahui penonton.

Itu hanya alasan, jika difikirkan semula bagaimana filem Hollywood khususnya yang sudah diakui jenamanya seperti Superman,

Spiderman, Fast & Furious yang diterbitka­n dengan sekual berterusan masih memerlukan promosi. Mereka tidak menunggu saat akhir untuk dihebahkan sebaiknya ada yang dilakukan promosi setahun sebelum filem itu dimainkan di pawagam seluruh dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia