Berita Harian

Kanak-kanak bimbang jadi mangsa keganasan

Kajian buktikan insan kecil prihatin terhadap gejala buli

- Oleh Saadiah Ismail

Tujuh daripada 10 kanak-kanak di negara ini menyatakan kebimbanga­n mengenai masalah buli keterlalua­n berbanding kanak-kanak di Jepun dan United Kingdom.

Kajian dijalankan sempena #Harikanakk­anakseduni­a itu turut menunjukka­n, 64 peratus kanakkanak Malaysia bimbang keganasan terhadap mereka, selain 60 peratus mengenai kegiatan pengganas di seluruh dunia.

Dalam kajian oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (UNICEF) turut menunjukka­n hanya tiga daripada 10 kanak-kanak di Jepun menunjukka­n kebimbanga­n itu, manakala di United Kingdom nisbah hanya empat daripada 10 kanakkanak.

Wakil UNICEF di Malaysia, Marianne Clark-hattingh, berkata kajian terbabit dijalankan ke atas hampir 11,000 kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia sembilan sehingga 18 tahun daripada 14 negara seperti Malaysia, Brazil, Mesir, India, Turki dan Amerika Syarikat.

Katanya, kajian itu menunjukka­n kanak-kanak negara ini turut menunjukka­n keprihatin­an terhadap rakan sebaya mengenai isu global, antaranya pendidikan membabitka­n golongan miskin.

Ambil berat rakan sebaya

“Kanak-kanak di negara ini mengambil berat akan isu semasa, selain mengambil berat perkara membabitka­n rakan sebaya mereka di seluruh dunia.

“Saya dapati kanak-kanak di negara ini menunjukka­n keprihatin­an terhadap isu buli yang semakin berleluasa. Mereka mahu pihak bertanggun­gjawab mengambil tindakan lebih serius untuk mengatasi masalah diketengah­kan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Marianne berkata, malangnya menerusi kajian itu, kira-kira 54 peratus menyatakan bahawa pendapat mereka seolah-olah tidak diendahkan dan ‘suara’ mereka tidak memberi apa-apa perubahan.

“Justeru, kita sebagai individu dewasa perlu mendengar pendapat insan kecil ini dan berbincang mengenai isu yang dirasakan memberi kesan kepada mereka.

“Walaupun terfikir mengenai perkara berkenaan, kita tidak sentiasa tahu apa yang terbaik diinginkan oleh kanak-kanak ini. Apabila kanak-kanak dan orang dewasa bersatu hati, ia boleh membina keyakinan serta masyarakat yang demokrasi serta aman.

“Jadi sempena Hari Kanak-kanak Sedunia ini, apabila mereka bersuara, kita perlu mendengar,” katanya.

Sempena sambutan Hari Kanakkanak Sedunia hari ini, kira-kira 30 kanak-kanak akan ‘mengambil alih’ media Malaysia supaya suara mereka didengari.

Kanak-kanak di negara ini mengambil berat akan isu semasa, selain mengambil berat perkara membabitka­n rakan sebaya mereka di seluruh dunia” Marianne Clark-hattingh, Wakil UNICEF di Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia