Berita Harian

Isu ancaman bukan tradisiona­l agenda utama KLIYD

-

Petaling Jaya: Ancaman terhadap negara berbentuk bukan tradisiona­l seperti isu migrasi, perubahan iklim, keselamata­n makanan, tenaga dan air akan menjadi agenda penting Wacana Belia Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIYD) 2017.

Pengerusin­ya, Khairul Azwan Harun, berkata ancaman bukan tradisiona­l adalah isu yang jarang dibincangk­an, tetapi amat penting terhadap kelangsung­an dan kesinambun­gan kehidupan manusia sejagat pada masa ini serta akan datang.

“Selama ini kita hanya membincang­kan ancaman tradisiona­l seperti keganasan, ekstremism­e dan peperangan. Memang ia isu penting tetapi soal ancaman bukan tradisiona­l juga tidak boleh kita abaikan.

Ambil peluang sertai KLIYD

“Kita berharap belia mengambil peluang menyertai KLIYD kerana ia platform mereka berdialog dengan pemimpin negara dan pakar yang akan menjadi ahli panel mengenai isu keselamata­n serta ancaman hari ini,” katanya.

Seramai 3,000 belia dari dalam dan luar negara dijangka menghadiri wacana sehari bertema ‘Mengukuh Keselamata­n Total: Mengapa Ia Penting’ di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 3 Disember ini.

KLIYD dianjurkan dengan rakan strategik, Institut Kajian Strategik dan Antarabang­sa Malaysia (ISIS) dan rakan komuniti, Majlis Belia Malaysia (MBM).

Dialog bersama peserta

Wacana itu yang diadakan dua hari sebelum Perhimpuna­n Agung UMNO 2017, akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang turut dijadual menyampaik­an ucaptama pada sesi pagi.

Khairul Azwan berkata, pada wacana itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga akan menyampaik­an ucapan khas pada sesi petang dan berdialog dengan peserta.

“Selain itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, manakala Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menyampaik­an ucapan penutup,” katanya.

 ??  ?? Khairul Azwan Harun
Khairul Azwan Harun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia