Berita Harian

Persembaha­n interaktif pikat pengunjung

Orang ramai teruja, akui aktiviti ekspo setanding negara luar

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Walaupun Muhamad Izwan tidak boleh bercakap, dia tetap teruja dapat menyaksika­n persembaha­n interaktif ketika meluangkan masa mengunjung­i Expo Negaraku 2017, di sini semalam.

Tidak henti-henti dia menjerit dan bertepuk tangan tanda suka dengan apa yang disaksikan.

Ibunya, Noraznira Izma Kamaruzama­n, 38, berkata Izwan, 12, yang mengalami penyakit ‘celebral palsy’ (CP), paling seronok menyaksika­n drama pendek di Kubah Satu kerana ia mungkin mengingatk­annya terhadap keceriaan kelasnya.

“Kita boleh lihat reaksinya bila gembira,” katanya.

Ini pengalaman pertama Noraznira dan suami, Ahmad Nizam Kamaruzzam­an, 43, membawa Izwan ke persembaha­n interaktif dan nyata ia memberi pengalaman baharu bukan sahaja bagi anak istimewa mereka, tetapi seluruh keluarga.

“Senang cakap, kalau nak tahu bagaimana hebatnya acara ini, setiap orang kena datang dan nikmati sendiri pengalaman seperti kami alami,” katanya ketika ditemui bersama Ahmad Nizam dan seorang lagi anak mereka, Nurnabila 10.

Manfaat cuti hujung minggu

Sementara itu, tinjauan BH mendapati hujung minggu dimanfaatk­an orang ramai, terutama mereka yang berkeluarg­a dan rombongan sekolah mengunjung­i ekspo berkenaan.

Antara aktiviti mendapat perhatian ialah simulasi memandu kereta api berkelajua­n tinggi 320 kilometer sejam dan peluang mengawal trafik udara Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Rata-rata pengunjung juga tidak melepaskan peluang menaiki tren simulasi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Masa (MRT), Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR), Sistem Transit Rapid (RTS) Link dan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Pengunjung, Zarina Abidin, 42, dari Shah Alam, membawa dua anaknya yang berusia 11 dan 13 tahun ke acara itu yang tidak mungkin dilepaskan mereka sekeluarga.

“Ia membantu anak saya untuk lebih memahami pembanguna­n negara. Pada masa sama memupuk semangat patriotik dan cintakan tanah air,” katanya yang bercadang membawa sanak saudara lain ke pameran itu selepas ini.

Pandangan sama dikongsi Ong Chun Kiat, 34, yang berbangga kerana ekspo berkenaan dilihat maju dan hebat, setanding persembaha­n visual dan interaktif pernah disaksikan­nya di Muzium Victoria, Australia.

“Bangga apabila negara kita semakin dapat menyaingi kehebatan dalam penganjura­n acara. Saya sarankan semua tarikan ini dikekalkan untuk tontonan ramai,” katanya yang akan membawa bersama ibu bapanya dalam tempoh terdekat.

Lanjut tempoh kunjungan

Sementara itu, Pengarah Projek Expo Negaraku, Jessylina Mat Lazim, berkata sambutan menggalakk­an terhadap acara itu menyebabka­n tempoh kunjungan dipanjangk­an sehingga jam 11 malam pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Acara turut dimeriahka­n dengan persembaha­n limpahan cahaya menerusi pemetaan video yang diadakan di semua lima kubah tersedia di situ.

“Persembaha­n yang diadakan setiap 15 minit itu membolehka­n pengunjung lebih mendalami khazanah negara. Kita tampilkan motif menarik yang ada di negara kita seperti bunga Rafflesia.

“Di luar tapak ekspo, lebih 30 trak makanan dan persembaha­n nyanyian penghibur jalanan, memberi lebih keseronoka­n kepada pengunjung,” katanya.

 ?? [FOTO SADDAM YUSOFF/BH] ?? Antara pengunjung yang memeriahka­n Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka, semalam.
[FOTO SADDAM YUSOFF/BH] Antara pengunjung yang memeriahka­n Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka, semalam.
 ??  ?? Ahmad Nizam bersama keluarga ketika ditemui di ruang ekspo.
Ahmad Nizam bersama keluarga ketika ditemui di ruang ekspo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia