Berita Harian

Sedia kad laporan bantu syarikat lain

Tindakan pastikan semua pihak dapat projek kerajaan

- Rohaniza Idris dan Mohd Nasaruddin Parzi

Syarikat Bumiputera yang mendapat projek kerajaan perlu menyediaka­n kad laporan berhubung pembabitan mereka dalam membantu syarikat Bumiputera yang lain.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata langkah itu supaya semua syarikat Bumiputera dapat menikmati hasil diperoleh mereka melalui projek kerajaan.

“Kad laporan ini sudah dilaksanak­an syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melantik syarikat Bumiputera untuk terbabit sama dalam projek kerajaan,” katanya selepas membentang­kan kertas kerja berkaitan ekonomi pada Konvensyen Pemerkasaa­n Agenda Ummah 3.0, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Johari berkata, kerajaan mahu melihat syarikat Bumiputera yang tidak dianugerah­kan projek, dapat menikmati sebahagian projek berkenaan.

“Bukan kita suruh 100 peratus projek itu dikongsi. Paling tidak, sebahagian kerja menyiapkan projek diagih kepada kontraktor Bumiputera. Jika tidak, syarikat itu tidak menjadi pemangkin untuk pembanguna­n ekonomi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata peruntukan besar kerajaan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam Bajet 2018 adalah usaha memperkasa­kan usahawan Bumiputera yang mewakili lebih separuh usahawan di negara ini.

“Langkah komprehens­if berkenaan sejajar kemampuan industri berkenaan yang menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara menerusi penyediaan tujuh juta peluang pekerjaan.

PKS beri sumbangan besar

“PKS memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara. Sebanyak 97 peratus daripada operasi dalam negara adalah PKS, manakala tiga peratus lagi syarikat besar.

“Kenapa kerajaan tumpu perhatian kepada PKS? Industri itu mewujudkan aktiviti ekonomi yang menyediaka­n kira-kira 60 pekerjaan swasta dan memanfaatk­an tujuh juta penduduk negara,” katanya.

Menjawab soalan peserta mengenai subsidi untuk motosikal berkuasa rendah, katanya, kerajaan bersedia menimbangk­an pemberian subsidi untuk kumpulan berkenaan.

 ??  ?? Johari Abdul Ghan
Johari Abdul Ghan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia