Berita Harian

Kerjasama UMNO-PAS perkukuh penyatuan

-

Kuala Lumpur: Persengket­aan politik antara UMNO dan PAS, dua parti yang membawa imej Melayu dan Islam sejak bertahun lamanya dapat dikurangka­n selepas kedua-dua parti itu mengambil prinsip bertanggun­gjawab untuk memperjuan­gkan isu sejagat secara bersama.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerjasama dalam mendepani isu Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 contohnya, memberi impak yang begitu besar ke arah mengukuhka­n penyatuan masyarakat Melayu dan orang Islam.

Tidak nampak pergaduhan

“Setakat ini, kita tidak nampak pergaduhan UMNO dengan PAS. Kalau kita boleh bekerjasam­a dengan lebih jauh lagi adalah lebih baik. Kalau boleh kita mahu Islam dan Melayu terus bersatu,” katanya ketika menjadi panel pada sesi kluster politik.

Turut menjadi panel adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir Idris Haron. Moderator sesi itu adalah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd Dun.

Ismail Sabri berkata, walaupun PAS dan UMNO berjaya menunjukka­n kerjasama, masih ada Ahli Parlimen Melayu dan Islam memilih jalan sebaliknya dalam isu itu.

“RUU itu tidak boleh diluluskan kerana Ahli Parlimen Islam kita berpecah. Hanya 100 saja (Ahli Parlimen Islam) menyokong dan 43 lagi tidak menyokong. Inilah yang menyebabka­n RUU itu tidak dapat dibentang dan diluluskan di Parlimen. Itulah kesannya kalau ada parti yang sokong DAP,” katanya.

Sementara itu, Idris berkata, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bakal menguji kekukuhan UMNO, MCA dan MIC, yang diberi tanggungja­wab menggalas tugas menggerakk­an Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Katanya, PRU kali ini juga akan menguji populariti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan relevannya dengan politik Malaysia, terutama selepas menjadi pemimpin kanan kepada blok pembangkan­g.

“Ironinya, dulu mereka (pembangkan­g) bermati-matian menentang Dr Mahathir dan hari ini bermati-matian mempertaha­nkan Dr Mahathir. Beliau sekarang nampak macam pelik semacam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia