Berita Harian

Fahami isu hak asasi selari ajaran Islam

-

Kuala Lumpur: Masyarakat Islam di negara ini perlu diberi kefahaman jelas dalam menterjema­hkan pendekatan Islam sebenar untuk mendepani prinsip hak asasi manusia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata Islam tidak pernah membelakan­gkan atau menolak secara keseluruha­n perkara yang sering dikaitkan dengan hak asasi manusia.

Bagaimanap­un, katanya, apa yang diajar Islam dalam membudayak­an prinsip itu, terutama di negara yang mempunyai pelbagai etnik dan agama, Islam ada had yang perlu dipatuhi.

“(Ada) Kebenaran undangunda­ng negara membincang­kan mengenai soal hak asasi manusia.

“Hak asasi juga ada dalam Islam iaitu kita wajib menjaga lima perkara ini iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Jamin hak penganut lain

“Namun, Islam menetapkan had dan batas dalam soal hak asasi,” katanya sambil memaklumka­n walaupun had itu ditetapkan dalam Islam, ia tetap menjamin serta menjaga hak penganut lain.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada sesi kluster agama bersempena Konvensyen Pemerkasaa­n Agenda Ummah 3.0, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Moderator sesi berkenaan adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, yang juga Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Jamil Khir berkata, kaedah dan pendekatan dakwah digunakan orang Islam terhadap penganut agama lain akan menentukan sejauh mana ia mampu memberi gambaran sebenar mengenai Islam atau sebaliknya.

Sementara itu, EXCO Pemuda UMNO, Rahman Hussein, antara pembahas pada Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) 2017, menyifatka­n konvensyen itu ruang terbaik kepada jurucakap mendapatka­n maklumat mengenai perkara yang perlu diberi fokus pada perbahasan pada perhimpuna­n itu.

Empat teras utama fokus konvensyen

Katanya, empat teras utama iaitu agama, politik, pendidikan dan ekonomi yang menjadi fokus utama dalam konvensyen kali ini yang merangkumi isu yang dihadapi rakyat, dikupas dan dibincangk­an dengan lebih jelas.

 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? Antara pelajar universiti yang menghadiri Konvensyen Pemerkasaa­n Agenda Ummah 3.0, di PWTC, semalam.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] Antara pelajar universiti yang menghadiri Konvensyen Pemerkasaa­n Agenda Ummah 3.0, di PWTC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia