Berita Harian

7 resolusi realisasi TN50

-

Kuala Lumpur: Konvensyen Pemerkasaa­n Agenda Ummah 3.0 meluluskan tujuh resolusi mencakupi empat teras utama iaitu politik, ekonomi, agama dan pendidikan. Ia memenuhi aspirasi negara dalam menterjema­h serta menetapkan agenda utama ke arah merealisas­ikan inspirasi Transforma­si Negara 2050 (TN50).

Mengupayak­an ekonomi Bumiputera dalam persekitar­an ekonomi global yang tidak menentu, semakin kompetitif melalui pemerkasaa­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS), melebarkan akses kepada teknologi baharu, rantaian penawaran, sumber kewangan, peluang perniagaan dan peluang pasaran.

Menggesa diteruskan agenda mendamping­i rakyat di segenap sektor termasuk pemberian subsidi langsung (RM26 bilion) dan tidak langsung (RM60 bilion) tanpa menjejaska­n kelangsung­an dan kemapanan ekonomi negara untuk kesejahter­aan generasi masa depan.

Menginsafi manusia dilahirkan dengan bakat dan keupayaan yang berbeza, penyertaan pelbagai kelompok masyarakat dengan memperkasa­kan institusi pendidikan rendah, menengah, pengajian tinggi dan aliran Teknikal, Vokasional dan Latihan (TVET) dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. Inisiatif dan dasar yang hendak digubal harus menjunjung­i akar agama dan nilai tradisi menunjangi manhaj Malaysia.

Menyokong inisiatif kerajaan mentransfo­rmasikan pendidikan negara bertaraf dunia dengan menempatka­n institusi pengajian tinggi negara dalam kalangan komuniti negara terbaik dunia. Ini seiring dengan aspirasi rakyat untuk negara melahirkan generasi pewaris masa depan (TN50) berketeram­pilan holistik, berjati diri bertaraf global.

Menyeru UMNO dan kepemimpin­an istiqamah menegak, mempertaha­n serta mengembang­kan Islam yang berorienta­sikan manhaj Malaysia berteras prinsip wasatiyyah dan maqasid syariah.

Menggesa UMNO menghayati, menterjema­h konsep fiqh ta’ayush (fiqh kewujudan bersama), memperkuku­h hubungan saling memerlukan antara kerajaan dan rakyat berasaskan prinsip ketaatan dan wala’ bagi menjamin keamanan, kemakmuran, kestabilan negara.

Mengharapk­an supaya kuasa dominan politik Melayu-islam terus dipertahan­kan dalam apa juga bentuk kerjasama politik (ta’awun) bagi menjamin survival Islam, kestabilan politik, keamanan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia