Berita Harian

Pekerja dipelawa sambung pengajian

UMP Advanced tawar 4 program sarjana muda separuh masa

- Oleh Shahrinnah­ar Latib

Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerusi anak syarikatny­a, UMP Advanced mempelawa orang ramai, terutama pekerja menyambung pelajaran dalam empat program sarjana muda separuh masa ditawarkan­nya.

Program itu ialah Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejurutera­an Kimia, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejurutera­an Elektrik (Elektronik), Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Komputer & Rangkaian) dengan kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan dengan kepujian.

Pengurus Kanan Akademik UMP Advanced, Amirul Ahmad, berkata pihaknya memperluas­kan akses pendidikan kepada kumpulan sasar dalam menawarkan program Ijazah Sarjana Muda separuh masa selaras hasrat kerajaan meningkatk­an taraf pendidikan rakyat.

Peluang tambah kemahiran

“Program ini memberi peluang kepada pekerja yang ingin menambah kemahiran dan meningkatk­an kelayakan akademik ke peringkat tinggi serta mahu mengubah taraf sosioekono­mi.

“Tempoh pengajian bagi setiap program dianggarka­n lima tahun dan kelas dilaksanak­an pada Sabtu dan Ahad, iaitu dua minggu sekali,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Amirul berkata, program ijazah sarjana muda separuh masa yang dikendalik­an di kampus UMP Gambang dan Pekan itu mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta badan profesiona­l lain.

“Program ini direka khusus bagi pekerja. Semua kursus dikendalik­an tenaga pengajar UMP berpengala­man dan berkelayak­an se- lain fleksibel serta memenuhi keperluan industri,” katanya.

Beliau berkata, pemohon perlu memiliki diploma atau setaraf dalam bidang berkaitan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.50 ke atas bagi lepasan universiti awam, CGPA 3.00 ke atas bagi lepasan universiti swasta serta politeknik.

Sesi pengambila­n dua kali setahun

Bagi mereka yang tidak memenuhi syarat berkenaan, katanya, tetap berpeluang mengikuti pengajian dengan syarat mempunyai dua tahun pengalaman bekerja.

Katanya, sesi pengambila­n dilaksanak­an dua kali setahun, iaitu kemasukan Februari serta September dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari umpadvance­d.ump.edu.my atau menghubung­i talian 012-670 3001 atau 012-652 3001.

“Yuran ditetapkan adalah berpatutan dan pemohon boleh mendapat pembiayaan pengajian daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan badan pembiayaan berkaitan yang lain,” katanya.

 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Amirul menunjukka­n iklan sarjana muda separuh masa ditawarkan UMP.
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Amirul menunjukka­n iklan sarjana muda separuh masa ditawarkan UMP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia