Berita Harian

Tuah beli 3kg Harumanis menang PROTON Iriz

-

Petaling Jaya: Tuah membeli tiga kilogram (kg) mangga Harumanis, seorang wanita semalam, mendapat durian runtuh apabila memenangi PROTON Iriz bernilai RM45,000 pada majlis cabutan bertuah Karnival Produk dan Perkhidmat­an Koperasi Malaysia (MACCOPS).

Ahli perniagaan, Asnita Musarahar, 47, yang menggunaka­n resit pembelian buah berkenaan bernilai RM150 sebagai syarat menyertai pertanding­an itu, menyifatka­n kemenangan­nya sebagai rezeki.

“Saya tak sangka kunjungan ke karnival ini benar-benar memberi tuah lebih besar. Saya ke sini bersama anak selepas terbaca iklan menerusi akhbar tempatan semalam (kelmarin),” kata ibu empat anak ini ketika ditemui pada Majlis Penutup MACCOPS.

Beliau menerima replika kunci kereta berkenaan yang disampaika­n Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Datuk Henry Sum Agong.

Transaksi dagangan RM184J

MACCOPS sejak 15 November lalu berjaya mencatat nilai transaksi dagangan RM184 juta menerusi pemadanan perniagaan, termasuk memorandum persefaham­an (MOU) di antara koperasi tempatan dan antarabang­sa serta agensi berkaitan.

Tiga MOU yang dimeterai ialah di antara Felda Wellness Corporatio­n dan Koperasi Farmasi Muslim Selangor Berhad berkaitan farmasi serta ANGKASA dan Persekutua­n Koperasi Pertanian Kebangsaan Korea Selatan berkaitan penternaka­n lembu tenusu.

Selain itu, MOU di antara Koperasi Doktor Pakar Berhad dan Fresenius Medical Care Malaysia Sdn Bhd bagi menubuhkan Pusat Latihan Renal ANGKASA dengan kos RM1.5 juta yang dijangka dibangunka­n pada tahun depan.

Saya tak sangka kunjungan ke karnival ini benar-benar memberi tuah lebih besar. Saya ke sini bersama anak selepas terbaca iklan menerusi akhbar tempatan” Asnita Musarahar, Ahli perniagaan

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Asnita bersama replika kunci PROTON Iriz yang dimenangin­ya pada majlis cabutan bertuah MACCOPS 2017, di Petaling Jaya, semalam.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Asnita bersama replika kunci PROTON Iriz yang dimenangin­ya pada majlis cabutan bertuah MACCOPS 2017, di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia