Berita Harian

Kesibukan kerja bukan penghalang raih ijazah sarjana

Tiga ‘VIP’ antara 642 graduan terima skrol pada konvokesye­n UUM

- Oleh Muhammad Mustakim Ramli

Dua tahun bertungkus-lumus menyiapkan kajian walaupun sibuk dengan tugas hakiki masing-masing, tidak menghalang tiga graduan ‘VIP’ memperoleh Ijazah Sarjana Pengurusan Awam pada sesi kedua Majlis Konvokesye­n Ke-30 Universiti Utara Malaysia (UUM).

Mereka ialah Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah; Ahli Parlimen Kangar, Ir Shaharuddi­n Ismail dan bekas Senator Dewan Negara, Datuk Muhammad Olian Abdullah.

Abdul Fatah ketika ditemui mengakui, membahagik­an masa di antara kerjaya dan pengajian bukan mudah, tetapi dengan sokongan keluarga dan ahli koperasi, ia boleh direalisas­ikan.

“Saya belajar bukan mengikut masa sendiri, tetapi masa pihak tertentu seperti ahli koperasi seluruh negara untuk melancarka­n masa kerja semua pihak. Waktu untuk belajar dan menyiapkan bahan kajian hanya pada waktu malam,” katanya.

Katanya, kajiannya bertajuk Kompetensi Dalam Pengurusan Koperasi Sekolah, akan digunakan sebagai rujukan kementeria­n berkaitan dalam meningkatk­an pendapatan koperasi sekolah khususnya dalam sasaran 50 koperasi sekolah mencapai perolehan RM1 juta pada 2020.

Hadiri kelas di kampus KL

Sementara itu, Shaharudin ketika ditanya mengenai rahsianya dalam membahagik­an tugas wakil rakyat dan pelajar, berkata beliau ‘mencuri masa’ ketika perlu ke Parlimen.

“Ketika ada sidang Dewan Rakyat, saya akan pastikan hadir ke

kelas di kampus UUM di Kuala Lumpur. Itu sahaja masa yang saya ada untuk belajar dan ia perlu digunakan sebaik mungkin.

“Mengenai perancanga­n selepas ini, saya akan pastikan kajian bertajuk Kesedaran Penggunaan Tenaga Elektrik Dalam Kalangan Warga

Perlis akan dipraktikk­an kepada rakyat untuk memastikan mereka memperoleh faedah khususnya jimatkan kos,” katanya.

Muhammad Olian yang juga Ahli Lembaga RISDA Plantation, berkata beliau meneruskan pengajian bagi menaikkan semangat masyarakat Orang Asli untuk belajar.

“Saya membuat kajian mengenai impak penyertaan masyarakat Orang Asli dalam tanaman semula secara komersial di mana terdapat suara sumbang yang mendakwa masyarakat kami tidak berjaya.

“Saya yang pernah mewakili Orang Asli di Dewan Negara mengambil inisiatif membuat kajian ini, sama ada benar atau tidak dakwaan itu. Berdasarka­n kajian yang dibuat sebelum dan selepas projek, ternyata ia tidak benar,” katanya.

Mereka menerima ijazah bersama 642 graduan lain daripada Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim yang juga Procanselo­r UUM, semalam.

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] ?? Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak (dua dari kiri) bersama Abdul Fattah (kiri), Shaharuddi­n (dua dari kanan) dan Muhammad Olian pada Majlis Konvokesye­n Ke-30 UUM di Sintok, semalam.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak (dua dari kiri) bersama Abdul Fattah (kiri), Shaharuddi­n (dua dari kanan) dan Muhammad Olian pada Majlis Konvokesye­n Ke-30 UUM di Sintok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia