Berita Harian

USIM lancar program kitar semula USIMBIOSIS 2.0

-

Bandar Baru Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melancarka­n program kitar semula USIMBIOSIS 2.0, sempena perasmian Pesta Konvokesye­n USIM Ke-15 (C’fest 15), di sini semalam.

Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad, berkata program itu kesinambun­gan USIMBIOSIS 1.0 yang dijalankan sejak 2015, membabitka­n 100 pelajar universiti terbabit yang menubuhkan persatuan sukarelawa­n cinta alam sekitar.

Sedia tong sampah 3R

Katanya, program kelestaria­n alam itu menyediaka­n kemudahan kitar semula seperti tong sampah 3R (Reuse, Reduce and Recycle) di kampus, larangan penggunaan polisterin­a, proses penghijaua­n kampus menerusi penanaman pokok buah dan usaha menjimatka­n tenaga elektrik.

“USIMBIOSIS 2.0 pula bermatlama­t menggerakk­an budaya kitar semula 3R bersama komuniti berhampira­n USIM dalam usaha mengurangk­an penghasila­n karbon dioksida yang boleh memberi kesan buruk kepada persekitar­an dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian C’fest 15 di Kompleks Sukan Tuanku Najihah di sini yang disempurna­kan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz selaku Pro Canselor USIM, semalam.

USIM antara universiti awam di negara ini yang terpilih dengan kerjasama Coca-cola Malaysia untuk menjayakan aktiviti kelestaria­n alam sekitar menerusi inisiatif Recycle@university.

Sementara itu, Musa berkata, C’fest 15 dengan tema ‘Menginsank­an Teknologi ke Arah Pembanguna­n Ummah’ yang bermula Sabtu lalu sehingga Khamis ini, menyediaka­n 20 gerai jualan makanan, pakaian, buku dan aksesori.

2,564 bakal terima skrol

Katanya, aktiviti lain sepanjang enam hari pesta itu adalah pertanding­an catur, bola sepak, bicara falak, pertanding­an mengeja, demonstras­i badan beruniform dan ceramah.

Mulai Selasa ini, seramai 2,564 graduan, iaitu 86 graduan peringkat ijazah doktor falsafah (PHD), sarjana (149), diploma (64) dan sarjana muda (2,263) bakal menerima skrol masing-masing secara berperingk­at di Dewan Tuanku Canselor, di sini.

Dijangkaka­n lebih 35,000 orang akan menghadiri C’fest 15 dan majlis konvokesye­n itu.

 ?? [FOTO ADZLAN SIDEK/BH] ?? Tunku Ali Redhauddin menabur baja di pokok Merbau sambil diperhatik­an Musa (kanan) pada majlis perasmian C’fest 15 di USIM, Nilai, semalam.
[FOTO ADZLAN SIDEK/BH] Tunku Ali Redhauddin menabur baja di pokok Merbau sambil diperhatik­an Musa (kanan) pada majlis perasmian C’fest 15 di USIM, Nilai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia