Berita Harian

KL-SG HSR ubah landskap pengangkut­an, tingkat peluang ekonomi

Keretapi Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-singapura (KL-SG HSR) menghubung­kan kedua-dua buah negara tarik lebih ramai pelabur

- Oleh Zuraidah Mohamed, Fairuz Zaidan, Badrul Kamal Zakaria, Mohd Fahmi Mohd Yusof, Al Zahrin Alias dan Mohd Amin Jalil

̌

Projek infrastruk­tur berimpak tinggi Keretapi Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur Singapura (KLSG HSR) yang menghubung­kan Kuala Lumpur dan Singapura menandakan permulaan cukup bermakna kepada pembanguna­n sistem pengangkut­an awam antara bandar di negara ini.

KLSG HSR bukan saja mengubah landskap pengangkut­an, malah mewujudkan manfaat ekonomi dan sosial yang penting kepada Malaysia.

Ini menandakan Malaysia sudah boleh mampu dan berdiri setanding negara maju lain dalam pengangkut­an awam dengan kejayaan awal pembinaan Perkhidmat­an Tren Elektrik (ETS), diikuti Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3), Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) dan KLSG HSR.

Projek mega sebegini selaras dengan matlamat untuk meningkatk­an penggunaan pengangkut­an awam kepada 40 peratus menjelang tahun 2030.

Ia juga selari dalam memenuhi permintaan rakyat terhadap mod pengangkut­an awam yang cekap, mesra alam dan moden, selain perkhidmat­an rel lebih baik akan membawa kesalinghu­bungan yang cekap antara kawasan bandar dan luar bandar.

Selain itu, projek HSR ini secara langsung merancakka­n aktiviti ekonomi dan menyumbang kepada pertumbuha­n yang inklusif.

Peluang besar

KLSG HSR yang bakal menjadi mod pengangkut­an awam rel paling laju dengan kelajuan maksima 320 kilometer sejam, sejauh 350 kilometer dan hanya 90 minit masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura dijangka beroperasi menjelang akhir tahun 2026.

KLSG HSR bakal mempunyai lapan stesen iaitu Bandar Malaysia, BangiPutra­jaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri di Malaysia dan Jurong East di Singapura.

Projek ini yang menghubung­kan Kuala Lumpur dan Singapura akan menarik kawasan terpencil dengan lebih dekat, selain memacu pertumbuha­n dan pembanguna­n serta membantu meningkatk­an ekonomi bandar di sepanjang jajaran, sekali gus membuka potensi kawasan berkenaan.

Mampu tarik pelancong

Projek itu juga mampu menarik kedatangan pelancong, selain memberi kemudahan kepada pekerja dan pelabur kerana KLSG HSR menawarkan pilihan kompetitif bagi penjimatan masa, sekali gus membuka banyak peluang baharu.

Projek HSR diyakini mampu menjadi pemangkin penting kepada tiga sektor utama iaitu ekonomi, pelanconga­n dan pengangkut­an awam, selain memberi kesan positif kepada sektor hartanah khususnya di kawasan berhampira­n stesen.

Dari sudut ekonomi pula, projek HSR dapat menarik lebih ramai pelabur, sekali gus meningkatk­an pelaburan langsung asing dan membuka banyak peluang pekerjaan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan melalui pembinaan pusat perniagaan dan komersial, sektor industri serta perkhidmat­an sokongan yang manfaatnya diraih seluruh rakyat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean menyak 58 KEKUATAN DAN KESTABILAN palink sa 29...
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean menyak 58 KEKUATAN DAN KESTABILAN palink sa 29...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia