Berita Harian

WIEF-13 DI SARAWAK

Angkat tema teknologi digital hadapi Revolusi Industri 4.0

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

‘Perubahan Gangguan: Kesan dan Cabaran’ diangkat sebagai tema Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-13 (WIEF-13) yang akan berlangsun­g esok di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak.

Menurut Ketua Setiausaha Yayasan WIEF, Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak, tema itu dipilih kerana ia mencermink­an sentimen semasa dalam kalangan negara sedang membangun bagi berdepan dengan Revolusi Industri 4.0.

Katanya, perubahan gangguan juga menghasilk­an inovasi yang membawa kepada pewujudan pasaran baharu dan rangkaian bernilai seperti internet kebendaan (IOT) dan block chain yang kini mengganggu model perniagaan sedia ada.

“Antara contoh mudah yang sudah berlaku di Malaysia dan negara lain ialah bagaimana perkhidmat­an ‘e-hailing’ kini mengganggu industri teksi konvension­al.

“Maka, adalah penting untuk setiap negara membangun bersedia dengan perubahan ini pada masa depan. Ia boleh dilakukan dengan memperkena­lkan dasar yang betul, rangka kerja undang-undang dan infrastruk­tur, selain daripada menyediaka­n insentif yang sesuai.

“WIEF ke-13 ini akan bertindak sebagai platform untuk pembuat keputusan dalam kerajaan dan sektor swasta dari negara yang mengambil bahagian untuk merancang dan melihat bagaimana mereka boleh berdepan dengan Industri 4.0,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual khas bersama kumpulan akhbar New Straits Times Press (NSTP) dan TV3 sempena penganjura­n WIEF 2017, di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Bincang tujuh topik

Media Prima Bhd, konglomera­t media terbesar di negara ini dipilih sebagai rakan media rasmi WIEF 2017.

Seramai 2,500 peserta dari 60 negara akan menyertai forum berkenaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijadualka­n memberi ucaptama pada forum itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Fuzi menjelaska­n pihaknya memilih tujuh topik yang sesuai dengan tema forum bagi membantu negara peserta bersedia dengan Industri 4.0 dan era ekonomi digital.

Topik itu antaranya ialah, memetakan perniagaan masa depan; prospek teknologi kewangan; memperkasa­kan keusahawan­an terutama dalam kalangan wanita dan melihat IOT sama ada ia peluang atau ancaman.

Beliau berkata, memandangk­an forum berkenaan diadakan di Kuching, Sarawak, pihaknya turut memutuskan untuk merangkumk­an satu segmen khas buat negeri itu iaitu ‘Sarawak Focus’, yang akan diadakan pada hari ketiga.

“Tiga isu khusus dipilih iaitu ekonomi digital, pembanguna­n Sarawak sebagai destinasi premium dan peluang pelaburan di Sarawak terutama berkaitan Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) yang akan menampilka­n penceramah dari kerajaan negeri dan sektor swasta,” katanya.

Kali kedua di luar Kuala Lumpur

Ahmad Fuzi berkata, Sarawak dipilih sebagai tuan rumah kali ini kerana negeri itu dilihat mendahului banyak negeri lain dari segi pelaksanaa­n dasar dan rangka kerja undang-undang bagi memaju dan mendepani ekonomi digital secara serius, selain mahu membangunk­an SCORE sebagai pusat pelaburan utama negeri itu.

“Sejak mula diadakan 13 tahun lalu, forum ini dianjurkan selang setahun sekali di Malaysia dan di negara lain. Ini adalah kali kedua ia dianjurkan di luar Kuala Lumpur selepas Johor pada tahun 2012.

“Kami juga pada awalnya pernah diminta untuk dipertimba­ngkan mengadakan forum ini di Sarawak oleh Yang di-pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud ketika beliau masih sebagai Ketua Menteri beberapa tahun lalu.

“Jemputan sama juga pernah diterima daripada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, yang pernah menghadiri banyak forum WIEF termasuk di Jakarta, Indonesia tahun lalu.

“Apa yang lebih penting, kami mahu memainkan peranan membantu Kuching merealisas­ikan matlamatny­a untuk muncul sebagai destinasi penganjur konvensyen dan acara antarabang­sa serta membangunk­an industri pelanconga­n Sarawak,” katanya.

Tiga isu khusus dipilih iaitu ekonomi digital, pembanguna­n Sarawak sebagai destinasi premium dan peluang pelaburan di Sarawak terutama berkaitan Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) yang akan menampilka­n penceramah dari kerajaan negeri dan sektor swasta” Ahmad Fuzi Abdul Razak, Ketua Setiausaha Yayasan WIEF

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia