Berita Harian

Ringgit dijangka cecah RM4 pada suku pertama 2018

Ekonomi global semakin berkembang beri impak positif

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Mata wang ringgit dijangka mampu mencecah sehingga RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) seawal suku pertama tahun depan sekiranya momentum semasa pertumbuha­n ekonomi Malaysia kekal.

Jumaat lalu, mata wang tempatan itu mencecah paras tertinggin­ya dalam tempoh lebih setahun iaitu RM4.1565 berbanding dolar AS.

Nilai itu dicatatkan pada jam 2 petang iaitu kirakira dua jam selepas pengumuman Prestasi Ekonomi Suku Ketiga 2017 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyaksika­n pertumbuha­n pada suku ketiga mencatat 6.2 peratus, terbaik sejak suku kedua 2014.

Ketua Ahli Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamaruddin Mohd Nor (gambar), berkata ringgit dijangka akan terus mengukuh dibantu oleh persekitar­an ekonomi global yang semakin baik.

Katanya, perdaganga­n antarabang­sa dilihat akan terus berkembang yang mana secara tidak langsung memberi impak yang positif terhadap mata wang tempatan.

“Ringgit buat kali pertama mencecah paras 4.15 berbanding dolar AS pada tahun ini. Laporan pertumbuha­n ekonomi suku ketiga yang menggalakk­an serta harga minyak mentah yang berada pada paras tinggi membantu menyokong nilai ringgit.

“Jika momentum semasa ini terus kekal sehingga tahun depan, maka nilai ringgit mungkin boleh terus mengukuh kepada sehingga RM4 berbanding dolar AS seawal suku pertama tahun depan,” katanya kepada BH ketika dihubungi, barubaru ini.

Dijangka terus mengukuh

Sementara itu, ahli ekonomi Affin Hwang Investment Bank berkata, pihaknya masih mengekalka­n unjuran yang ringgit akan terus mengukuh berbanding dolar AS kepada RM4.10 pada akhir tahun ini.

Beliau berkata, pengukuhan ringgit kebelakang­an ini adalah berlandask­an tiga faktor iaitu yang pertama, jangkaan bahawa BNM akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tahun hadapan.

“Kedua, pertumbuha­n ekonomi Malaysia yang terus mengatasi ramalan asal dan ketiga kenaikan harga minyak dunia yang akan memanfaatk­an industri minyak dan gas,” katanya.

“Buat masa ini, kami masih mengekalka­n unjuran kami di mana ringgit akan terus mengukuh berbanding dolar AS kepada RM4.10 pada akhir tahun ini,” katanya.

Mengulas lanjut, ahli ekonomi itu berkata, selain tiga faktor itu, Affin Hwang Investment sudah menjangkak­an pengukuhan ringgit yang beransuran­sur atas faktor arahan BNM untuk menukar 75 peratus daripada hasil eksport kepada ringgit.

“Mengikut kiraan kami, perkara itu memang akan boleh membantu untuk menstabilk­an ringgit memandangk­an Malaysia terus menikmati imbangan perdaganga­n dan akaun semasa yang positif,” katanya.

Dalam pada itu, bank pelaburan terbabit turut berpendapa­t hasil pengumuman KDNK jarang memberikan kesan yang besar kepada mata wang tempatan.

“Ia memandangk­an pasaran sudah mengambil kira petunjuk ekonomi bulanan dalam menilai kedudukan ekonomi semasa, berbanding KDNK yang hanya keluar dalam setiap suku tahunan,” katanya.

 ?? [ FOTO ABDULLAH YUSOF / BH ] ??
[ FOTO ABDULLAH YUSOF / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia