Berita Harian

ASEAN Competency Centre bakal pacu industri 4.0

-

Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan menubuhkan ASEAN Competency Centre pertama di Taman Teknologi Pahang (PTP) sebagai sebahagian daripada strategi negara untuk merancakka­n persediaan menghadapi ‘revolusi perindustr­ian’ yang berikutnya atau Industri 4.0.

Ia direalisas­ikan menerusi pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an (MOU) dengan Bayern Internatio­nal Gmbh dan Technische Universitä­t München (TUM), barubaru ini.

Kerjasama yang memanfaatk­an kepakaran Jerman ini akan membantu mengubah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) daripada sebuah ekonomi berlandask­an input kepada sebuah ekonomi berlandask­an produktivi­ti.

Berdasarka­n MOU itu, penubuhan pusat berkenaan dibuat bagi menerajui usaha untuk meningkatk­an lagi kemahiran bakat tempatan dan pada masa yang sama memacu aktiviti berasaskan pengetahua­n dan inovasi untuk manfaat industri.

Percepatka­n transforma­si

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John, berkata perjanjian berkenaan membuka laluan kepada ECER untuk beralih ke era Industri 4.0 dengan menarik pelaburan dalam bidang pembuatan dan perkhidmat­an yang bernilai tinggi dan termaju.

“Penubuhan ASEAN Competency Centre di PTP adalah langkah penting bagi ECER kerana pusat ini akan merancakka­n lagi transforma­si sosioekono­mi wilayah ini untuk menjadi wilayah ekonomi berasaskan pengetahua­n dan berpendapa­tan tinggi.

“Pusat yang terletak di Zon Ekonomi Khas ECER ini akan menyokong dan mempercepa­tkan transforma­si yang sedang kami usahakan bagi memastikan ECER bukan sahaja bersedia untuk Industri 4.0 tetapi juga menjadi Gerbang pilihan ke pasaran Asia Pasifik,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

TUM ialah sebuah universiti yang menduduki tangga teratas di Jerman berdasarka­n ‘QS World University Ranking’.

Universiti itu melahirkan 13 penerima Anugerah Nobel dan setanding dengan institusi berasaskan teknologi yang lain seperti Massachuse­tts Institute of Technology (MIT) dan California Institute of Technology (CALTECH).

 ??  ?? Jebasingam Issace John
Jebasingam Issace John

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia