Berita Harian

Bursa Bull Charge agih dana RM2.27 juta

-

Bursa Malaysia mengagihka­n RM2.27 juta dana yang diperoleh daripada acara Larian Bursa Bull Charge 2017 kepada 34 badan amal tempatan.

Dana itu akan disalurkan kepada pelbagai segmen termasuk golongan kurang upaya, generasi muda, kurang berkemampu­an dan ibu tunggal.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan, berkata Bursa dilihat sebagai pemangkin ke arah persekitar­an positif, bukan hanya di pasaran modal tetapi dalam konteks masyarakat yang lebih luas.

1,800 peserta

“Dengan menggunaka­n kekuatan orang ramai dari komuniti pasaran modal, kami dapat mengumpul lebih banyak dana, menyokong kumpulan yang lebih luas, sekali gus mewujudkan impak penting kepada komuniti,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Sejajar dengan semangat inklusif, tahun ini, Bursa Bull Charge menyaksika­n penyertaan lebih 1,800 peserta termasuk wakil dari organisasi seperti syarikat senaraian awam, bank pelaburan, broker, usahawan, kementeria­n dan pengawal selia serta eksekutif muda, pelajar universiti dan media.

Bursa Bull Charge 2017 yang diadakan pada 14 September lalu membabitka­n tiga kategori larian iaitu 1.5 kilometer (km) untuk ketua pegawai eksekutif (CEO), 2.5km bagi Corporate Relay Run dan 5 km terbuka untuk komuniti.

Selaras dengan komitmenny­a untuk menyokong kelestaria­n, Bursa Malaysia juga berjaya mengendali­kan acara neutral karbon dengan menggalakk­an peserta menggunaka­n bas elektrik secara percuma pada acara berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia