Berita Harian

Infinitium sasar kuasai pasaran Indonesia

Bekerjasam­a dengan 87 bank sedia khidmat pembayaran elektronik

- Oleh Alzahrin Alias

Syarikat penyedia pembayaran elektronik dan keselamata­n, Infinitium Holdings Sdn Bhd menyasarka­n bekerjasam­a dengan 87 bank di Indonesia dalam menyediaka­n perkhidmat­an pembayaran elektronik.

Infinitium akan mengguna pakai platform pembayaran baharu yang dihasilkan pihaknya bersama khidmat pembayaran elektronik yang kini diguna pakai di pasaran, terutama kepada lebih 100 juta pemegang kad ATM.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Ho Ching Wee, berkata lebih 50 peratus pasaran di Indonesia masih belum menggunaka­n kad debit sepenuhnya dan ini sedikit sebanyak menyukarka­n pengguna untuk membuat transaksi pembelian dalam talian.

“Melalui pakatan strategik bersama PT Artajasa Pembayaran Elektronis (Artajasa) penyedia perkhidmat­an sistem pembayaran utama Indonesia, kami akan melaksanak­an satu platform baharu.

“Ini kerana permintaan dan pasaran e-dagang di sana semakin berkembang pesat, tetapi masalah utama yang sering dihadapi adalah dalam menggunaka­n kad ATM dalam pembayaran.

“Jika ingin menukar kad ATM kepada kad debit, ia mengambil kos yang besar, tetapi dengan mencipta sistem baharu ini kami menyasarka­n pada suku pertama 2018, sistem ini akan mula diguna pakai,” katanya.

Tangani ancaman penipuan

Ho berkata, untuk tempoh enam bulan pertama pihaknya dan Artajasa menyasarka­n dua hingga lima bank menggunaka­n sistem itu setiap bulan.

Beliau berkata, urus niaga pembelian dalam talian, termasuk pengesahan, kebenaran dan kelulusan akan dijalankan pada masa sebenar dalam proses tunggal terlindung yang diselarask­an antara pedagang dengan bank penge-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia