Berita Harian

Emperor Secure tingkat jumlah pengedar

-

Emperor Secure Management Sdn Bhd, pengilang pagar automatik dan sistem sekuriti menyasarka­n jualan 300 pagar lipat tanpa tayar dan trek pada suku pertama tahun depan bagi memenuhi permintaan pasaran reka cipta dan keselamata­n.

Pengarahny­a, Nor Jalilah Abdul Jalil, berkata pihaknya yakin jumlah jualan sistem pagar canggih dikenali sebagai Emperor Gate itu mampu dicapai kerana syarikat sedang berusaha meningkatk­an jumlah pengedar termasuk melebarkan sayap ke setiap negeri.

Katanya, buat masa ini siri pagar lipat tanpa tayar dan trek yang didaftarka­n dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO) itu hanya mempunyai dua pengedar didaftar di Lembah Klang dan satu di Melaka.

Beliau berkata, syarikat juga sedang berusaha mengembang­kan pasaran ke luar negara, khususnya Eropah.

“Kilang kami mampu mengeluark­an sehingga 300 pagar sebulan dan komited untuk meningkatk­an pengeluara­n memandangk­an produk itu mendapat permintaan tinggi sejak mula diperkenal­kan awal tahun ini.

“Sehingga kini, antara negara sudah berjaya ditembusi adalah Indonesia, Kemboja serta Iraq dan kami berhasrat melebarkan sayap perniagaan ke peringkat lebih tinggi di pasaran antarabang­sa.

Tarik usahawan jadi pengedar

“Syarikat giat mempromosi­kan sistem pagar canggih ini supaya dapat menarik lebih ramai usahawan untuk menjadi pengedar dan mencapai sasaran,” katanya ketika ditemui, di Seri Kembangan, barubaru ini.

Nor Jalilah berkata, penggunaan pagar lipat tanpa tayar dan trek itu memberikan kemudahan kepada pelanggan selain penggunaan material buatan tahan lasak dan mudah urus.

Katanya, rekaan pagar yang sesuai dengan semua jenis cuaca itu juga memberikan jaminan keselamata­n dan ketahanan sehingga 10 tahun berbanding pagar automatik biasa di pasaran.

“Pagar ini tidak menggunaka­n roda yang perlu diselengga­ra setiap empat bulan untuk memastikan ia berfungsi, selain landasan pagar mudah bengkok.

“Penggunaan pagar lipat tanpa landasan ini juga tahan lasak 300 kali ganda dari yang biasa digunakan,” katanya.

Beliau berkata, siri pagar lipat tanpa tayar dan trek boleh itu didapati dari saiz ekonomi ke premium bergantung kepada keluasan rumah.

“Menariknya mengenai siri pagar lipat ini, ia juga boleh ditempah khas mengikut rekaan pilihan pelanggan memandangk­an kami mempunyai kilang sendiri.

“Tempahan dan pemasangan bagaimanap­un mengambil masa sebulan bergantung pada rekaan, saiz dan keluasan ditempah pelanggan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia