Berita Harian

MANFAATKAN CUTI SEKOLAH, JANGAN ABAIKAN PELAJARAN, KESELAMATA­N

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Kuala Lumpur: Sesi persekolah­an 2017 bakal menutup tirainya secara rasmi pada 24 dan 25 November ini.

Pastinya, cuti sekolah menjadi antara saat yang dinantikan oleh semua murid kerana tidak perlu ke sekolah dan mengambil peluang untuk berehat bersama-sama ahli keluarga lain.

Namun begitu, di sebalik kegembiraa­n murid sekolah menyambut cuti persekolah­an, harus diingatkan banyak perkara penting yang perlu diambil kira terutama daripada segi keselamata­n.

Minggu ini, untuk edisi terahir BH Didik

2017, wartawan BH Didik, Puan Nas Norziela Nasbah menemu bual Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan (SK) Jugra, Puan Siti Habibah Marsiti mengenai manfaat cuti sekolah dan langkah keselamata­n yang perlu diutamakan sepanjang cuti persekolah­an ini.

Musim cuti persekolah­an bukanlah tiket bagi seseorang murid untuk melupakan ilmu dan menggunaka­n sepenuhnya masa untuk bermain.

Selain perlu bijak memanfaatk­an cuti sekolah dengan perkara berfaedah, keselamata­n individu perlu diutamakan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan (SK) Jugra, Puan Siti Habibah Marsiti, berkata sebagai murid sudah menjadi tanggungja­wab untuk belajar dan menimba ilmu sebanyak mungkin walaupun sedang cuti sekolah.

Beliau berkata, cuti persekolah­an sememangny­a untuk murid berehat, namun begitu ia bukan bermaksud ‘buku dan pensel’ juga turut bercuti.

“Gunakan sebaik mungkin cuti persekolah­an yang diberikan dan apa yang penting, manfaatkan dengan perkara yang berfaedah seperti membuat latihan, membaca buku dan beriadah bersama-sama keluarga.

“Pengawasan ibu bapa dan penjaga melalui jadual belajar kepada anak-anak mereka amat perlu supaya hari mereka terisi dengan pelbagai aktiviti sihat dan seimbang,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Keselamata­n diutamakan

Bercakap mengenai aspek keselamata­n, Puan Siti Habibah memberitah­u, seseorang murid itu perlu tingkatkan ciri keselamata­n diri dan peka dengan keadaan sekeliling.

Katanya, cuaca yang tidak menentu pastinya mengundang bahaya jika seseorang itu tidak berjaga-jaga, selain terdedah dengan kawasan bahaya seperti bermain di longkang, gigi air atau lombong terbiar.

“Elakkan diri daripada bermain di kawasan bahaya. Anda boleh elakkan diri daripada menjadi mangsa. Jika ada rakan mengajak anda untuk bermain di tempat bahaya, nasihatkan mereka dan ingatkan diri untuk tidak mengambil risiko.

“Keseronoka­n mungkin hanya sementara. Malang tidak berbau, keseronoka­n boleh mengundang air mata kesedihan jika kemalangan berlaku,” katanya.

Puan Siti Habibah berkata, kemalangan membabitka­n motosikal dan basikal juga turut sering dilaporkan berlaku membabitka­n murid sekolah.

“Jika jatuh sedikit, mungkin hanya kecederaan kecil berlaku tetapi bayangkan jika kemalangan itu membabitka­n tulang patah atau kecederaan dalaman berlaku, ia akan membebanka­n banyak pihak selain kesakitan diri sendiri.

“Jangan terlalu ghairah apabila bermain dengan rakan sebaya. Sebaliknya, utamakan ciri keselamata­n selain patuh akan nasihat ibu bapa atau orang lebih dewasa. Tiada siapa yang mahu sakit yang dicari sendiri,” katanya lagi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia