Berita Harian

Kumpul dana melalui program Ceriathon

Sumbangan program Ceriathon bantu warga SKBTHO2 miliki kemudahan lebih baik

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Program Ceriathon 2017 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 (SKBTHO2) mencipta sejarah apabila berjaya meraih kutipan terbanyak sepanjang empat kali penganjura­n program itu.

Yang Dipertua PIBG SKBTHO2, Ustaz Mohd

Faisal Mohd Noor, berkata jumlah yang berjaya dikutip melebihi RM200,000 itu adalah bagi membangunk­an surau baharu untuk kegunaan warga sekolah.

Beliau berkata, kemudahan surau sekolah yang kini menggunaka­n kelas itu kurang selesa dan pembinaan surau baharu itu membolehka­n kelas yang digunakan sekarang digunakan kembali bagi tujuan pembelajar­an.

“Hasil kutipan itu juga bagi menaik taraf dewan terbuka sekolah, menceriaka­n kelas, bilik khas dan papan penyataan.

“Program ini juga bagi menjana pendapatan tabung PIBG yang akan disalurkan untuk aktiviti sekolah dan pembanguna­n sahsiah murid seperti program khas untuk calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) setiap tahun,” katanya ketika ditemui pada Program Ceriathon SKBTHO2, di sini barubaru ini.

Yang turut hadir Guru Besar SKBTHO2, Encik Zainuddin Ali dan Bendahari PIBG SKBTHO2, Tengku Ihtifazudd­in Tengku Ibrahim.

Bina prasarana sekolah

Program Ceriathon SKBHTO2 dipilih adalah simbolik suasana harmoni dan gembira selain bantuan serta sumbangan yang disampaika­n untuk pembanguna­n prasarana sekolah itu.

Sementara itu, Ustaz

Mohd Faisal berkata, pihak PIBG dan sekolah sudah merencanak­an program itu sejak setahun lalu dan memilih hujung tahun 2017 untuk penganjura­n Ceriathon memandangk­an murid tamat menjalani peperiksaa­n seperti UPSR dan peperiksaa­n hujung tahun.

“Ia adalah masa untuk anakanak diraikan dan projek Ceriathon ini juga adalah untuk kemudahan mereka yang sedang belajar dan bakal bersekolah di sini,” katanya.

 ??  ?? Guru SKBHTO2 menjual makanan untuk membantu menambah dana pendapatan sekolah.
Guru SKBHTO2 menjual makanan untuk membantu menambah dana pendapatan sekolah.
 ??  ?? Antara aktiviti yang diadakan untuk tarikan murid-murid yang hadir.
Antara aktiviti yang diadakan untuk tarikan murid-murid yang hadir.
 ??  ?? Program Ceriathon berjaya meraih kutipan RM200,00.
Program Ceriathon berjaya meraih kutipan RM200,00.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia