Berita Harian

Pupuk kesedaran kesihatan pada usia muda

-

Kuala Lumpur:

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuen Cheng 2 muncul juara pertanding­an Junior Care Champion Search 2017 yang dianjurkan Gleneagles Kuala Lumpur (GKL), di sini barubaru ini.

Program sebahagian daripada kempen

Growing Well with GKL itu menyaksika­n penyertaan 10 pasukan yang dibahagika­n kepada tiga kumpulan terdiri daripada pelajar sekolah rendah berumur 10 hingga 12 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles Kuala Lumpur, Datuk Dr Adzuan Rahman, berkata matlamat utama program ini adalah bagi memupuk kesedaran kesihatan dalam kalangan kanakkanak.

“Oleh itu, kami berharap bengkel kerja yang diadakan dapat menyemai semangat penyayang dalam sanubari kanakkanak, selain menyampaik­an kepentinga­n penjagaan kesihatan bermula daripada usia muda.

“Kami berhasrat untuk mencungkil bakat yang ada dalam diri mereka,” katanya di sini, barubaru ini.

Sebanyak 10 pasukan dipilih daripada pusingan kelayakan yang disertai oleh 15 sekolah melalui penyerahan sebuah esei yang dipilih satu daripada topik iaitu ‘How Living In Malaysia Can Be Healthier’ atau ‘If Superhero Was Real What Would They

Do In A Hospital’.

Dengan kemenangan itu, SJKC Kuen Cheng 2, membawa pulang wang tunai RM3,000, baucar bernilai RM900, alat tulis dan makanan, serta tiket masuk ke Kidzania Kuala Lumpur.

Sekolah yang menjuarai pertanding­an kali ini dilantik sebagai sekolah angkat untuk tempoh setahun, di mana pihak sekolah dan hospital akan bekerjasam­a dalam pelbagai program pendidikan dan komuniti bagi 2018.

 ??  ?? Pemenang Junior Care Champion Search 2017 di Hospital Gleneagle, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Pemenang Junior Care Champion Search 2017 di Hospital Gleneagle, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia