Berita Harian

Pelabur tunggu petunjuk positif

-

Minggu lalu, pasaran bermula mendatar seperti minggu sebelumnya. FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di buka pada paras 1,743.1 dan di tutup pada 1721.66 dengan turun -21.8 mata.

Paras ini adalah paras terendah sejak minggu ke 11 pada bulan Mac 2017. Dari paras tertinggi tahun ini, 1,796.75 indeks telah menurun sebanyak -79.78 mata, dan kenaikan bersih untuk tahun ini, hanya tinggal tiga peratus (%) sahaja berbanding paras tertinggi sebanyak lapan %.

Pada paras penutupan minggu lalu, ia jatuh di bawah paras sokongan ketara pada paras

1,730. Paras sokongan seterusnya adalah pada paras 1,685.

Untuk pergerakan pelabur asing, setakat hari ini, pelabur asing keluar bersih untuk tiga bulan berturut-turut dan untuk bulan November, aliran keluar bersih adalah sebanyak RM377.10 juta.

Semua sektor menurun minggu lalu. Walaupun pasaran saham serantau dan pasaran utama dunia mencecah paras tertinggi, FBM KLCI masih belum lagi menunjukka­n sebarang tanda akan naik.

Pelabur tempatan, masih menunggu petunjuk-petunjuk positif tempatan dan serantau.

Untuk pergerakan mingguan, FBM KLCI turun 4.79 mata kepada 1,737.49 mata. Kebanyakan pasaran saham Asia Pasifik bermula dengan perlahan minggu lalu dan pasaran saham Jepun terus jatuh dengan sentimen saham global yang malap dengan kebimbanga­n baharu mengenai pembaharua­n cukai Amerika Syarikat (AS) dan kemunculan cadangan balas oleh parti Republikan.

Jumlah urus niaga tempatan lebih tinggi pada 2,839 bilion saham bernilai RM2.239 bilion. Sektor berakhir dengan hanya sektor perdaganga­n dan perkhidmat­an yang meningkat.

Kaunter untung termasuk PETDAG +RM02.10 (+9.72%), VITROX +RM0.22 (+3.91%), HENGYUAN +RM0.60 (+6.0%),

GCB +RM0.10 (+5.08%), UZMA +RM0.05 (+3.45%), LIONIND +RM0.10 (+6.41%), TEXCHEM +RM0.07 (+6.93%), MASTEEL +RM0.07 (+6.93%) dan PANJANG +RM0.08 (+5.84%). Kaunter rugi termasuk PMBTECH

-RM0.25 (-5.32%), LAFMSIA -RM0.18 (-2.65%), LIIHEN-RM0.10 (-2.53%), IJM -RM0.10 (-3.26%),

VIS -RM.035 (-4.4%) dan MUDAJAYA -RM0.06 (-5.31%). Ringgit mengukuh kepada

4.1905 berbanding dolar AS.

Pada Selasa, FBM KLCI turun 3.88 mata kepada 1,733.61 mata. Pasaran saham Asia di tutup bercampur-campur pada hari itu berikutan kenaikan semalaman yang sederhana di Wall Street dan pelabur mencerna datadata ekonomi dari China. Data menunjukka­n pengeluara­n perindustr­ian dan jualan runcit China meningkat pada bulan Oktober, tetapi jangkaan itu tidak mencapai seperti yang di jangkakan.

Urus niaga tempatan lebih rendah

Jumlah urus niaga tempatan lebih rendah pada 2,979 bilion saham bernilai RM2.600 bilion. Sektor berakhir dengan hanya sektor pengguna dan hartanah sahaja di tutup hijau. Kaunter untung termasuk NESTLE +RM02.66 (+3.0%), PENTA

+RM0.39 (+8.02%), SPSETIA +RM0.17 (+5.23%), SUIWAH +RM0.12 (+4.49%), UZMA +RM0.05 (+3.33%), KGB +RM0.04 (+5.3%), RANHIL +RM0.035 (+4.83%), BJCORP +RM0.025 (+6.76%) dan AEMULUS +RM0.03 (+4.41%).

Kaunter Rugi termasuk PMBTECH -RM0.40 (-8.99%), PETRONM -RM0.44 (-3.46%), PETGAS -RM0.46 (-2.64%), GENTING -RM0.27 (-2.89%), VITROX -RM0.25 (-4.27%), PADINI -RM0.19 (-3.54%), LATITUD -RM0.14 (-3.17%) dan KIMLOONG -RM0.06 (-5.31%).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih asing ialah RM181.3 juta. Ringgit melemah pada 4.1940 berbanding dolar AS.

Pada Rabu, FBM KLCI turun 10.62 mata kepada 1,722.99 mata. Pasaran saham global terus menurun apabila pelabur mengambil untung atas lonjakan bulan Oktober dan penurunan harga komoditi.

Bursa Tempatan diperdagan­gkan dengan jumlah dagangan berkuranga­n kepada 2,340 bilion saham bernilai RM2.283 bilion. Semua Sektor berakhir dengan perladanga­n dan teknologi di zon hijau.

Kaunter untung termasuk LAFMSIA +RM0.25 (+3.73%),

MNRB +RM0.13 (+5.68%),

JHM +RM0.09 (+3.01%),

PARAMON +RM0.08 (+4.62%), LIONIND +RM0.05 (+3.12%) dan ELSOFT +RM0.04 (+1.57%).

Kaunter rugi termasuk WRPTS -RM0.11 (-3.01%), PETDAG -RM0.64 (-2.70%), HLFG -RM0.36 (-2.17%), PETRONM -RM0.42 (-3.43%), HENGYUAN -RM0.40 (-3.85%), KMLOONG -RM0.22 (-4.88%), PMBTECH -RM0.22 (-5.43%) dan HEVEA -RM0.07 (-4.19%).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing ialah -RM109.7 juta.

Ringgit mengukuh kepada

4.1750 berbanding dolar AS.

Pada Khamis, FBM KLCI turun 4.88 mata kepada 1,718.11 mata. Pasaran Ekuiti Asia meningkat sedikit untuk ditutup lebih tinggi pada hari itu apabila harga minyak melonjak sedikit. Jumlah urus niaga tempatan meningkat kepada 2,443 bilion saham bernilai RM2.476 bilion.

Kebanyakan sektor berakhir pada hari itu di kawasan zon merah dengan teknologi merosot paling banyak (-0.88%). Kaunter untung termasuk KOSSAN +RM0.43 (+5.68%), PMBTECH +RM0.33 (+8.62%), SPSETIA +RM0.13 (+3.81%), TONGHER dan +RM0.12 (+3.29%). Kaunter rugi termasuk SAM -RM0.31 (-4.05%), GESHAN -RM0.29 (-12.61%), PMETAL -RM0.22 (-4.52%), PENTA -RM0.18 (-3.48%), AXIATA -RM0.14 (-2.63%), PRESBHD -RM0.11 (-7.28%),MMSV -RM0.11 (-6.63%), GASMSIA -RM0.07 (-2.53%), EFORCE -RM0.07 (-4.43%), KAREX -RM0.07 (-4.52%) dan VS -RM0.09 (-2.95%).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing ialah -RM109.7 juta.

Ringgit melemah kepada

4.1757 berbanding dolar AS.

Pada Jumaat. FBM KLCI naik 3.55 mata kepada 1,721.66 mata. Saham Asia mendaki sedikit untuk menutup kerugian sepanjang minggu dengan kenaikan di pasaran saham AS hari sebelumnya.

Jumlah urus niaga tempatan jatuh kepada 2,214 bilion bernilai RM2.228 bilion.

Semua sektor berakhir dengan bercampur-campur. Kaunter untung termasukla­h GENTING +RM0.28 (+3.14%), PENTA +RM0.16 (+3.21%), SUPERMAX +RM0.14 (+7.37%), FPI +RM0.14 (+7.37%), OFI +RM0.07 (+4.86%) dan MMSV +RM0.09 (+5.81%).

Kaunter rugi termasuk

MPI -RM0.60 (-4.38%), PETGAS -RM0.54 (-3.14%), DIALOG -RM0.06 (-2.53%) dan NATIONWIDE -RM0.045 (-6.16%).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing ialah -RM86.6 juta. Ringgit mengukuh kepada RM4.1640 berbanding dolar AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia