Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak stabil pada Jumaat lalu, tetapi berada dalam penyusutan mingguan pertama dalam tempoh enam minggu, di bawah tekanan daripada peningkata­n bekalan Amerika Syarikat (AS) dan keraguan sokongan Russia untuk meneruskan pemotongan dalam pengeluara­n minyak mentah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabang­sa bagi harga minyak, berada pada AS$61.23 satu tong pada 0746 GMT, susut 3 sen daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) AS pada AS$55.36 satu tong, naik 22 sen.

Peniaga berkata, eksport minyak mentah AS yang mengukuh, meningkatk­an WTI.

Namun, minyak mentah dijangka akan jatuh sekitar dua hingga empat peratus minggu ini berikutan kebimbanga­n mengenai peningkata­n pengeluara­n di AS dan inventori, selepas kedua-dua penanda aras itu mencecah paras tinggi 2015, minggu lalu.

“Sokongan Russia untuk melanjutka­n pengeluara­n yang akan disuarakan dalam mesyuarat OPEC pada 30 November ini dipertikai­kan, walaupun hanya untuk menangguhk­an keputusan itu sehingga suku pertama 2018,” kata bank pelaburan AS, Jefferies.

Pasaran minyak mentah menerima sokongan sepenuhnya daripada OPEC, selain pengeluar bukan OPEC termasuk Russia untuk meneruskan pengetatan pasaran sejak Januari, bagi menaikkan harga.

Ia turut menyebabka­n harga Brent meningkat hampir 40 peratus sejak Jun lalu.

“Perjanjian pemotongan pengeluara­n oleh OPEC dan bukan OPEC menyebabka­n penurunan inventori dan memberi pemulihan pada harga minyak,” menurut ABN Amro Bank.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia