Berita Harian

Prestasi baik berterusan

Bursa tempatan dijangka dapat rangsangan daripada pertumbuha­n kukuh KDNK

-

Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan tinggi minggu ini seiring dengan prestasi kukuh pasaran tunai pendasar.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mencecah paras 1,740 mata minggu depan.

“Bursa tempatan dijangka mendapat rangsangan daripada pertumbuha­n kukuh keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku ketiga pada 6.2 peratus,” katanya.

Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan berkata memandangk­an prestasi kukuh yang berterusan pada suku ketiga 2017, ekonomi Malaysia berada di landasan untuk mencatatka­n julat teratas unjuran rasmi pertumbuha­n KDNK pada 5.2 hingga 5.7 peratus bagi 2017, disokong oleh permintaan domestik.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, pasaran niaga hadapan melantun semula untuk mengakhiri minggu ini selepas dagangan rendah selama empat hari berturut-turut, sejajar dengan pasaran tunai.

Bagi asas minggu ke minggu, November 2017 susut 23.5 mata kepada 1,715.0, Disember 2017 dan Jun 2018 turun 25.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,712.0 dan 1,711.0, dan Mac 2018 turun 27 mata kepada 1,714.0.

Bagaimanap­un, jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 26,130 lot daripada 20,297 lot pada Jumaat manakala kepentinga­n terbuka naik kepada 32,091 kontrak daripada 28,006 kontrak sebelumnya.

Pada Jumaat, FBM KLCI naik 3.55 mata kepada 1,721.66.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mencecah paras 1,740 mata minggu depan” Nazri Khan Adam Khan, Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit

Affin Hwang Investment Bank

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia