Berita Harian

Bot nelayan kelas B wajib pasang AIS

-

Kuala Selangor: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani melihat kemungkina­n mewajibkan pemasangan Sistem Pemantauan Automatik (AIS) pada semua bot nelayan kelas B di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata ketika ini, masih ada nelayan kelas B terbabit enggan berbuat demikian walaupun perkakasan dan pemasangan sistem itu diberikan secara percuma.

“Sekarang ini, hampir 50 peratus daripada 2,630 nelayan kelas B sudah memasang AIS pada bot masing-masing. Ada yang berlengah walaupun alat dan pemasangan­nya percuma, sedangkan langkah ini adalah untuk melindungi mereka.

“Kita tak tahu alasan mereka, tetapi saya percaya sesetengah­nya tidak mahu kedudukan mereka dikesan kerana mungkin menjalanka­n kegiatan lain. Tetapi, bila susah, mereka cari kerajaan juga,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Terdahulu, Ahmad Shabery menyampaik­an elaun sara hidup nelayan bagi Parlimen Kuala Selangor dan menghadiri program jualan ikan segar di Dewan Dato Seri Abu Hassan Omar, di sini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

Bantu nelayan ditahan

Ahmad Shabery berkata, sejak pemasangan AIS pada bot nelayan dilaksanak­an, ada beberapa kes nelayan negara ini dapat dibantu apabila mereka ditahan pihak berkuasa negara jiran ketika menangkap ikan.

Katanya, apabila ia berlaku, jabatan perikanan akan terus mengeluark­an surat pengesahan kepada pihak berkuasa negara jiran yang menahan mereka bagi membolehka­n nelayan terbabit dibebaskan.

“Mereka akan terus dilepaskan jika data AIS menunjukka­n mereka ditahan di luar kawasan dipertikai­kan atau tidak memasuki sempadan negara jiran.

“Saya minta kerjasama nelayan terutama nelayan kelas B yang selalu keluar masuk di kawasan dipertikai­kan menggunaka­n AIS bagi melindungi diri mereka supaya senang kita pertahanka­n mereka jika ditahan.

“Tanpa AIS, kita tiada bukti. Ada lima enam kes yang kita berjaya lepaskan kerana ada bukti,” katanya.

Hampir 50 peratus daripada 2,630 nelayan kelas B sudah memasang AIS pada bot masingmasi­ng. Ada yang berlengah walaupun alat dan pemasangan­nya percuma” Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia