Berita Harian

Pintu gerbang Kota Darul Ehsan lebih segar, indah

Sultan Sharafuddi­n mahu rakyat hargai mercu tanda kebanggaan Selangor

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, berkenan merasmikan pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang dinaik taraf.

Pemulihara­an pintu gerbang yang melambangk­an sempadan antara Petaling Jaya, Selangor dan Kuala Lumpur itu, dilaksanak­an kerajaan Selangor atas titah baginda.

Sultan Sharafuddi­n bertitah, pemulihara­an gerbang Kota Darul Ehsan itu dibuat selepas 36 tahun pembinaann­ya, supaya tampil lebih segar dan indah, sesuai dengan imejnya sebagai ikon negeri Selangor.

“Beta berpuas hati dengan hasil yang dipersemba­hkan dan berharap agar sekalian rakyat sama-sama dapat menghargai mercu tanda kebanggaan Selangor ini.

“Beta amat berbesar hati dan berterima kasih kepada kerajaan Selangor atas usaha dilakukan untuk menyempurn­akan projek menaik taraf Kota Darul Ehsan ini,” titah baginda pada Majlis Perasmian Kota Darul Ehsan di sini, malam tadi.

Tak ubah konsep asal

Kerja naik taraf gerbang Kota Darul Ehsan itu bermula pada 15 April 2015 dan siap sepenuhnya pada 30 September lalu membabitka­n beberapa komponen, antaranya ukiran dan motif di bahagian dinding serta kaki tiang, tanpa mengubah konsep asal reka bentuknya.

Ia turut membabitka­n tiang bendera, jata negeri Selangor, kanopi dan skema warna bersesuaia­n dengan imej negeri, selain sistem pencahayaa­n khusus, naik taraf sistem bekalan elektrik serta penanaman rumput dan pokok renek di sekitar gerbang berkenaan.

Sultan Sharafuddi­n bertitah, pembinaan gerbang ikonik itu diilhamkan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1 Februari 1974 sebagai tanda sempadan Selangor selepas Kuala Lumpur diisytihar sebagai Wilayah Persekutua­n.

Titah baginda, lokasi pembinaan gerbang Kota Darul Ehsan itu dianjak sedikit dari garis sempadan bagi menjimatka­n kos dan ia dibuka secara rasmi pada 1981.

Mercu tanda Selangor itu terletak di Lebuhraya Persekutua­n.

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Sultan Sharafuddi­n menerima cenderamat­a replika Kota Darul Ehsan daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Datuk Ir Ruslan Abd Aziz (kiri) pada Majlis Perasmian Kota Darul Ehsan di Petaling Jaya, malam tadi.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Sultan Sharafuddi­n menerima cenderamat­a replika Kota Darul Ehsan daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Datuk Ir Ruslan Abd Aziz (kiri) pada Majlis Perasmian Kota Darul Ehsan di Petaling Jaya, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia