Berita Harian

Balas balik atau diam saja?

Artis sensasi punya pendirian berbeza terhadap komen negatif di laman sosial

- Oleh Farihad Shalla Mahmud dan Hanisah Selamat

Suatu ketika dulu, interaksi yang terjalin antara peminat dengan artis hanyalah ketika golongan popular terbabit muncul di pentas persembaha­n dan menjayakan jelajah promosi, ataupun menerusi surat dan poskad.

Sejajar perkembang­an tekno logi dan kewujudan media sosial, komunikasi dua hala antara dua pihak semakin mudah. Menerusi teknologi terbabit, peminat kini boleh berinterak­si dengan artis kesayangan mereka tanpa banyak halangan.

Dengan adanya ruangan komen, lagilah ia membuka ruang kepada peminat untuk bebas menulis apa saja yang terlintas di fikiran mereka. Ada ketikanya, mereka berbuat demikian tanpa memikirkan kesan dan akibatnya pada kemudian hari.

Melihat kepada senario dunia hiburan tempatan pula, banyak kisah panas membabitka­n golongan selebriti yang mengundang ulasan pantas netizen. Bertegang urat garagara komen berbaur negatif atau lucah yang dilemparka­n pengikut pula bukan lagi sesuatu yang asing pada masa sekarang.

Tidak kurang juga insan popular berkenaan yang terpaksa menutup ruangan komen kerana tidak tahan dikecam. Malahan, sampai satu tahap, mereka sanggup tidak mengaktifk­an akaun media sosial bagi mengelakka­n tekanan yang mampu memberi kesan kepada emosi masingmasi­ng.

Sharnaaz balas balik jika ada provokasi

Menyelak kembali sejarah mengaitkan golongan artis dan media sosial, kelompok selebriti yang sering menjadi bahan berita dan perhatian khalayak sudah tentu kisah mereka yang membalas semula terhadap komen negatif pengikut.

Antara artis yang dilihat sering bertekak dengan pengikut di laman sosial ialah aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad. Bukan sekali dua, tetapi kerap juga pelakon drama rantaian Bukan Aku Tak Cinta ini dilihat begitu lantang menyelar pengikutny­a di laman sosial, berkaitan beberapa isu membabitka­n dirinya.

Mengulas lanjut tindakan beraninya itu, lelaki kelahiran Pulau Pinang ini berkata, beliau hanya bertindak ‘ganas’ di media sosial jika berlaku provokasi.

 ??  ?? Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad
 ??  ?? Zul Ariffin
Zul Ariffin
 ??  ?? Anzalna Nazir
Anzalna Nazir
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia