Berita Harian

Sekat perkataan lucah, maki hamun

-

“Saya masih lagi waras dan takkan bertindak melulu jika mereka (netizen) berfikir terlebih dulu sebelum menulis. Biasanya, jika komen yang ditulis mereka tidak melampau, saya hanya memadam ulasan berkenaan ataupun sekat saja akses mereka.

“Namun, kalau mereka cuba memancing emosi saya dengan perbuatan provokasi, iaitu memaki hamun dan membabitka­n ibu, bapa dan keluarga, saya takkan berdiam diri. Saya akan bersuara demi mempertaha­nkan hak saya,” ujar aktor berusia 32 tahun ini.

Sekadar pertahanka­n maruah diri

Walaupun menyedari dirinya daripada golongan selebriti dan sepatutnya perlu mengawal tingkah laku serta tutur kata, namun sebagai manusia, beliau perlu mempertaha­nkan maruahnya daripada terus diperkotak­katikkan.

“Kalau mereka boleh buat, mengapa tidak saya? Sedangkan, saya juga ada maruah. Mereka sepatutnya berfikir sebelum mengeluark­an pendapat. Saya pula tidak pernah menyesal pun dengan perbuatan saya itu,” katanya.

Bagi memastikan perbuatan yang sama tidak berulang, pemenang trofi Artis Paling Kontrovers­i, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke28 ini berkata, beliau mengambil langkah berjagajag­a dengan menyekat beberapa perka taan sensitif serta boleh menimbulka­n ketegangan.

“Saya gunakan teknik itu di akaun Instagram dan juga Twitter. Manamana perkataan yang berbaur lucah atau maki hamun, secara automatik ia akan disekat daripada tampil di media sosial saya demi menjaga keharmonia­n,” ujarnya.

Anzalna tutup ruangan komen

Bagi artis yang mempunyai daya ketahanan mental tinggi barangkali bolehlah membidas kembali komen nakal netizen di laman sosial. Bagaimana pula dengan mereka yang berhati tisu dan mudah terluka?

Pelakon, Anzalna Nasir umpamanya mempunyai cara tersendiri apabila berdepan situasi menekan sedemikian.

“Pada saya, Instagram ialah tempat untuk saya berkongsi kegembiraa­n dan apa juga perkara positif bersama pengikut. Justeru, apabila ada yang melemparka­n komen berbentuk cercaan dan menyakitka­n hati, saya lebih selesa menutup ruangan itu seperti pernah saya lakukan sebelum ini.

“Ia adalah cara terbaik yang boleh saya lakukan. Menerusi cara itu, hati saya tidak sakit dan pengikut tak bergaduh sesama sendiri kerana selalunya peminat akan mempertaha­nkan jika saya dikecam,” katanya.

Insiden adiknya, Afifah Nasir, yang didakwa menjadi orang ketiga dan pengacau rumah tangga penyanyi, Aliff Aziz, dengan Bella Astilah menyebabka­n pelakon drama Memori Cinta Suraya ini turut terkena tempias sehingga akaun Instagramn­ya diserang dengan katakata kesat.

Ekoran insiden itu, Anzalna terpaksa menutup ruangan komen, selain meletakkan akaun laman sosialnya dalam mode private.

Zul tidak aktifkan akaun

Tindakan aktor terkenal, Zul Ariffin, menyahakti­fkan akaun Instagramn­ya, barubaru ini, turut menimbulka­n persoalan dalam kalangan netizen. Apakah perkara itu juga ada kaitan dengan kontrovers­i membabitka­n teman wanitanya, Zahirah Macwilson?

Walaupun Zul menafikan perkara itu, namun bintang bertubuh sasa ini tidak menolak, soal peribadi turut menjadi penyebab mengapa beliau berbuat demikian.

“Sebenarnya, saya menutup akaun Instagram disebabkan mahu ‘bercuti’ daripada menghadap laman sosial. Instagram ialah medium untuk saya mempromosi­kan hasil kerja. Selepas semua filem dan drama saya seperti

Tombiruo dan siri selesai ditayangka­n kepada umum, jadi rasanya saya perlu nyahaktifk­an akaun media sosial saya.

“Begitupun, saya tidak menafikan, isu peribadi juga antara faktor membuatkan saya mengambil keputusan berkenaan. Cuma, ia bukanlah sebab utama saya bertindak sedemikian. Setakat komen nakal netizen, rasanya ia belum cukup kukuh untuk saya menutup akaun media sosial,” tegasnya.

Tidak melenting dengan komen nakal

Ditanya apakah beliau seorang yang rajin membaca komen dan akan bangkit mempertaha­nkan diri jika ada katakata ditinggalk­an yang menyakitka­n hati, aktor berusia 30 tahun ini berkata, beliau sudah cukup matang untuk tidak bertindak demikian.

“Kadangkada­ng, apabila ada masa terluang, saya akan baca komen yang ditulis. Cuma, saya tidaklah membaca semuanya. Jika ada komen nakal, saya hanya ketawa.

“Pada saya, tidak perlulah nak melenting kerana kita tahu ia hanyalah cara mereka hendak menarik perhatian,” ujar pemenang trofi Pelakon Filem Lelaki Popular, ABPBH 3.0 ini.

Meskipun begitu, Zul mengakui agak kekok dengan situasi itu memandangk­an sebelum ini beliau sememangny­a aktif menggunaka­n media sosial.

Sekitar Julai lalu, pelakon yang menempa nama menerusi drama rantaian, Rindu Awak 200%, ini juga pernah menutup akaun Instagramn­ya dengan alasan serupa, iaitu mahu berehat seketika daripada alam maya bagi menumpukan perhatian terhadap dunia nyata.

 ??  ?? Kontrovers­i dicetuskan Afifah (kanan) yang didakwa menjadi pengacau rumah tangga orang memaksa kakaknya, Anzalna menutup seketika akaun Instagram.
Kontrovers­i dicetuskan Afifah (kanan) yang didakwa menjadi pengacau rumah tangga orang memaksa kakaknya, Anzalna menutup seketika akaun Instagram.
 ??  ?? Sharnaaz hanya akan membalas komen peminat apabila mempunyai unsur provokasi.
Sharnaaz hanya akan membalas komen peminat apabila mempunyai unsur provokasi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia