Berita Harian

Aishah ditawar jadi duta pil kurus

-

Mula-mula kecoh tiada pereka mahu menaja busana hingga menjadi topik hangat netizen, apabila sudah viral, penyanyi, Aishah ‘diburu’ pengeluar pelbagai jenis produk pula.

Peserta musim keempat Gegar Vaganza (GV4) itu mengaku sejak isu baju kecoh di laman sosial, dia ditawarkan menjadi duta beberapa produk termasuk pil dan pakej melangsing­kan badan serta fisioterap­i.

“Saya hanya tertawa apabila menerima pelbagai tawaran. Bukan saja baju, malah pakej untuk saya kuruskan badan dan sesi fisioterap­i.

“Rupanya mereka (penonton) mengikuti perkembang­an saya termasuk tahu saya ada masalah sakit lutut,” katanya kepada HIP.

Penyanyi Janji Manismu itu mendakwa menerima beratus-ratus khidmat pesanan ringkas (SMS), mesej melalui media sosial dan panggilan telefon daripada pelbagai pihak yang menyatakan hasrat mahu menjadi penaja.

“Saya terkejut sebaik berita mengenai pakaian saya tersebar, ramai yang tampil. Bukan saja secara terus kepada saya, malah ada yang melalui wartawan untuk menyatakan hasrat mereka. Saya ucapkan terima kasih kerana ramai yang sudi berkerja dengan saya,” katanya.

Bagi memastikan tidak ada pihak berkecil hati, Aishah memberitah­u, dia menerima busana daripada beberapa pereka dan membahagik­an persalinan setiap minggu selagi bersaing di pentas GV4.

Selesa jadi ‘underdog’

“Kalau saya bertahan hingga minggu kelapan, saya akan pakai baju mengikut senarai pereka yang berjumpa dengan saya.

“Saya tidak mahu mereka berkecil hati, kalau boleh saya mahu pakai semua, tapi bergantung kepada rezeki saya dalam GV4,”

katanya.

Menyentuh mengenai penampilan­nya sejak minggu pertama pertanding­an itu, Aishah mengaku selama ini dia mengambil mudah soal itu.

“Saya akan lebih serius mengenai penampilan selepas ini. Maklumlah banyak benda baharu... Malah, aplikasi Direct Message (DM) dalam Instagram pun saya baru tahu,” katanya.

Mengenai persaingan­nya dalam GV4, Aishah berkata, dia lebih selesa menjadi peserta underdog dan berjanji memberikan persembaha­n terbaik setiap minggu.

“Cabaran utama adalah masa dan kita perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkina­n,” katanya.

Malam tadi, Aishah meneruskan cabaran dengan tema Berdua

Aishah menyampaik­an lagu bersama Sam Innuendo yang juga bekas peserta GV.

Antara peserta lain yang bersaing adalah Liza Hanim, Hazami, Lan Kristal, Firman dan Elyana.

 ??  ?? Aishah terkejut menerima banyak tawaran tajaan sejak menyertai GV4.
Aishah terkejut menerima banyak tawaran tajaan sejak menyertai GV4.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia