Berita Harian

Muslimah Divers platform sukan lasak tepati syariat

Pusat latihan lahirkan jurulatih, penyelam wanita profesiona­l

- Oleh Aslina Abu bhkt.com.my

Keinginan dan minat wanita menyertai aktiviti selam skuba semakin meningkat, tetapi sebilangan mereka tidak dapat mempelajar­inya secara serius disebabkan kekangan batas pergaulan.

Senario itu mencetuska­n idea kepada pengasas Muslimah Divers, Mastura Abdul Manap, 34, menubuhkan pusat latihan bagi wanita belajar dan mendapat persijilan menjadi penyelam profesiona­l.

Ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, Muslimah Divers dibuka lima tahun lalu, kini menjadi platform terbaik kepada wanita melakukan aktiviti lasak itu dengan lebih selesa.

Mastura berkata, penubuhan Muslimah Divers bermula apabila sering mengikut suaminya Ahmat Najah Rahmat, 40, pemilik syarikat menjual barangan dan perkhidmat­an latihan selam skuba, Scubatex Resources Sdn Bhd, menjalanka­n aktiviti menyelam.

“Idea ini tercetus apabila saya kerap pergi menyelam bersama suami. Ramai rakan wanita berminat melakukan aktiviti ini, tetapi hasrat ‘terencat’ apabila mengetahui tenaga pengajar terdiri daripada jurulatih lelaki. “Memandangk­an suami saya memiliki syarikat yang menyediaka­n khidmat latihan selam skuba dan peralatan selam skuba, saya fikir kenapa tidak saya sediakan khidmat itu.

Jurulatih wanita

“Di sinilah bermulanya saya mewujudkan Muslimah Divers. Saya mahu menggalakk­an wanita Muslimah terbabit dalam aktiviti selam skuba dengan cara yang menepati syariat,” katanya.

Beliau ditemui ketika Program Kelestaria­n Ekopelanco­ngan dan Record Dive Longest Underwater Human Chain di Pulau Bidong, Terengganu, baru-baru ini.

Mastura berkata, bertitik tolak daripada itu beliau mempelajar­i teknik selam skuba daripada suaminya dan dengan kemahiran itu boleh mengajar wanita lain yang berminat melakukan aktiviti sama.

Beliau melatih beberapa wanita untuk menjadi jurulatih untuk mengajar lebih ramai wanita yang ingin mendapatka­n persijilan selam skuba itu.

“Suami menjadi pendorong termasuk membantu saya mengenal pasti jurulatih selam skuba profesiona­l wanita untuk menyertai Muslimah Divers bagi melatih mereka yang berminat.

“Sehingga kini, saya mempunyai tujuh jurulatih dan dua daripada mereka adalah dive master.

“Seramai 100 penyelam wanita mendapat sijil dikendalik­an kami,” katanya yang mengenakan yuran antara RM1,000 hingga RM2,000 mengikut pakej dan lokasi.

Tunai solat di tengah laut

Mastura berkata, selain melatih wanita menyertai aktiviti sukan skuba, pihaknya juga aktif melakukan beberapa program khidmat masyarakat terutama membabitka­n aktiviti pembersiha­n dasar laut dan terumbu karang.

Beliau berkata, Muslimah Divers juga memberi pendedahan kepada ahli mengenai cara menunaikan solat dan mengenal pasti waktu solat sekiranya berada di tengah laut.

“Untuk menjadi penyelam profesiona­l, biasanya kita akan menjalanka­n beberapa sesi latihan sebelum ke pulau selama empat hari untuk menyiapkan latihan dan kelulusan persijilan melalui ujian praktikal dan teori.

“Selain pembersiha­n dasar laut, kami juga menurunkan tukun tiruan untuk pembiakan terumbu karang, menjalanka­n aktiviti usrah serta ceramah berkaitan aktiviti skuba syariat,” katanya.

Sementara itu, ahli Muslimah Divers, Emma Ali, 43, dari Kuala Lumpur berkata, beliau sudah mengikuti aktiviti selam skuba sejak 2012.

“Saya bermula dengan snokerling dan apabila melihat banyak khazanah laut yang cantik, saya teringin meneroka lebih lagi ke dalam laut.

“Sejak itu saya mengambil lesen selam skuba dan menyertai program yang dijalankan oleh Muslimah Divers ini,” katanya.

Emma berkata, Muslimah Diver memberi keselesaan kepada wanita yang menggemari sukan ekstrem.

Idea menubuhkan Muslimah Divers tercetus apabila saya kerap pergi menyelam bersama suami. Ramai rakan wanita berminat melakukan aktiviti ini, tetapi hasrat ‘terencat’ apabila mengetahui tenaga pengajar terdiri daripada jurulatih lelaki” Mastura Abdul Manap, Pengasas Muslimah Divers

 ?? [FOTO ASLINA ABU BAKAR/BH] ?? Ahli Muslimah Divers memeriksa kelengkapa­n menyelam dan mendengar penerangan sebelum menyelam di Pulau Bidong, Terengganu, baru-baru ini.
[FOTO ASLINA ABU BAKAR/BH] Ahli Muslimah Divers memeriksa kelengkapa­n menyelam dan mendengar penerangan sebelum menyelam di Pulau Bidong, Terengganu, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia