Berita Harian

Tiga perkara perlu diberi perhatian: MB

-

Johor Bahru: Pembabitan dalam politik dan kepemimpin­an, penggerak kepada ekonomi tanah air serta mengatasi krisis moral bangsa adalah tiga perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh wanita.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tiga perkara itu masih menjadi kegusarann­ya dan mahu langkah mengatasin­ya dilakukan.

“Kita memerlukan lebih ramai wanita tampil dalam barisan kepemimpin­an politik di negara ini kerana jumlahnya masih rendah,” katanya ketika sempena Karnival Wanita Johor 2017, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an anugerah kepada 11 wanita dalam kategori masing-masing.

Mohamed Khaled berkata, sudah tiba masanya wanita hari ini tampil dengan berwibawa dan ketokohan mereka bukan sekadar memenuhi kuota.

“Banyak potensi wanita, jika dibongkar mereka hebat dalam politik,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, wanita juga perlu bangkit dan menjadi penggerak ekonomi tanah air, bukan sekadar sebagai peniaga kecil-kecilan, sebaliknya menerusi keusahawan­an yang berpotensi.

“Ramai wanita yang berpendidi­kan, berilmu tetapi membuat pilihan tidak bekerja kerana ingin membangunk­an keluarga.

“Ini keputusan terhormat dan tindakan sebegitu sangat kita sanjung.

“Masih banyak yang boleh mereka lakukan, walaupun tanpa berada dalam sektor pekerjaan formal,” katanya.

Wanita hebat dalam perniagaan

Sehubungan itu, beliau meminta wanita yang tidak berada dalam sektor pekerjaan formal menceburi bidang keusahawan­an.

“Saya percaya, wanita lebih hebat dalam perniagaan kerana lebih cermat, rajin dan amanah. Semua usahawan yang berjaya melalui skim Amanah Ikhtiar Malaysia adalah wanita dan mereka juga yang hampir semuanya, membayar balik pinjaman dengan tekun dan patuh,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, masalah kesusutan nilai bangsa hanya mampu dipulihkan oleh wanita yang menjadi ibu kepada bangsa dan tanah air.

Malaysia sudah lama mengiktira­f peranan wanita termasuk dalam pergerakan politik dan perkhidmat­an awam, selain sektor korporat, perniagaan, sukan, pertubuhan bukan kerajaan serta ahli akademik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia