Berita Harian

Hapipah Tokoh Wanita Johor

Bekas pegawai daerah, 10 lagi raih anugerah Yayasan Pembanguna­n Keluarga Darul Ta’zim

- Oleh Junita Mat Rasid

Bekas pegawai daerah pertama wanita Johor, Datin Paduka Hapipah Endot, menerima Anugerah Khas Tokoh Wanita anjuran Yayasan Pembanguna­n Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), di sini, semalam.

Beliau menerima anugerah itu sempena Karnival Wanita Johor 2017, bersama 10 lagi wanita yang mengunggul­i bidang masing-masing.

Sepuluh wanita itu ialah ahli perniagaan, Datuk Paduka Rokiah Omar menerima Anugerah Tokoh Wanita Keusahawan­an, manakala Alwiyah Talib (sukan), Satiah Kasim (pendidikan) dan Zubaidah Sual (seni dan budaya).

Selain itu, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (sosial dan kemasyarak­atan), Datin Paduka Zainon Yusof (pengurusan), Siti Noor Radiah Ismail (orang kurang upaya), Tan Hung Eng (Cina), S Annytha Devi (India) serta Saerah Jantan (Orang Asli).

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di sini, semalam.

Yang hadir sama, isteri Menteri Besar, Datin Seri Rosni Omar dan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Asiah Md Ariff.

Aktiviti kemasyarak­atan

Sementara itu, Hapipah, 71, berkata kerja kemasyarak­atan sebagai ganti masa ketika beliau bekerja kerana mengakui kadang-kadang mencuri masa melakukan kerja yang tiada kaitan dengan kerja pejabat.

“Saya rasa banyak dosa ketika bekerja kerana curi masa. Jadi saya mesti ganti masa yang saya curi tulang dengan aktiviti kemasyarak­atan,” katanya yang bersara dengan jawatan akhir sebagai Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ) pada 2001.

Beliau kini memegang jawatan EXCO dalam PERKIM Kebangsaan, selain Naib Pengerusi PERKIM Wanita Johor dan Pengerusi PERKIM Wanita Johor Bahru.

Hapipah berkata, beliau terbabit dalam aktiviti kemasyarak­atan sejak sebelum bersara dan diteruskan sehingga kini yang dianggap sebagai langkah memanfaatk­an masa.

“Saya buat aktiviti kemasyarak­atan sebelum bersara. Saya ingat ada kalanya ketika waktu bekerja kita ‘tuang’ curi masa, kadang-kandang kita ambil masa lama untuk makan dan kita keluar beli barang ke pokok anak bunga,” katanya.

Sebagai pesara yang setiap bulan menerima wang pencen, beliau mahu membalas jasa kerajaan dan masyarakat menerusi aktiviti yang boleh memberi kebaikan kepada orang lain.

“Ini juga satu cara saya bertaubat. Allah bagi masa dan peluang untuk saya mengembali­kan dan membaiki keburukan. Saya harap masyarakat menerima kerja kebajikan saya,” katanya.

Bersara bukan penghalang

Hapipah berkata, usia bersara tidak menghalang­nya aktif dalam bidang kemasyarak­atan, malah baginya pembabitan itu memeriahka­n lagi hidup.

“Walaupun sudah tua biasa ada sakit, sengal sana sini, kalau saya duduk di rumah, tak aktif, saya rasa lagi sakit, rasa tak meriah.

“Jadi selain pergi ke masjid dan surau, saya aktif dalam kerja kemasyarak­atan,” katanya.

Beliau berkata, wanita yang mahu aktif dalam kerja kebajikan perlu mendapat izin suami bagi memudahkan mereka, selain tidak melupakan tanggungja­wab kepada keluarga.

Hapipah yang mempunyai empat anak dan sembilan cucu, menegaskan beliau tidak mengharapk­an balasan daripada kerja masyarakat yang dibuatnya, malah anugerah yang diterimany­a itu juga menjadi satu kejutan.

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] ?? Mohamed Khaled menyampaik­an Anugerah Tokoh Wanita 2017 kepada Hapipah (tiga dari kiri) sambil diperhatik­an Rosni (dua dari kanan) dan Asiah pada majlis perasmian Karnival Wanita Johor 2017 di Plaza Angsana, Johor Bahru, semalam.
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] Mohamed Khaled menyampaik­an Anugerah Tokoh Wanita 2017 kepada Hapipah (tiga dari kiri) sambil diperhatik­an Rosni (dua dari kanan) dan Asiah pada majlis perasmian Karnival Wanita Johor 2017 di Plaza Angsana, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia