Berita Harian

Sifat Imam An-nawawi dikagumi ulama

Imam An-nawawi tidakperna­h mengambil duit gaji, sebaliknya digunakan untuk membeli tanah dan buku yang diwakafkan­nya. Beliau juga tidak takut mengingkar­i perintah raja demi menegakkan kebenaran. Ikuti kisah menarik tokoh yang diberi gelaran Muhyidin ini b

-

Petikan syair tokoh ulama terkenal al-imam Taqiuddin al-subki, “Aku berada di Darul Hadith yang mempunyai makna yang sangat halus, aku kelilingi dan aku datangi setiap sisinya, supaya hangat wajahku ini menyentuh akan tempat kaki yang pernah dipijak oleh Imam Annawawi.”

Begitu hebat kecintaan ulama terdahulu kepada tokoh ilmuwan terkemuka Imam An-nawawi. Menerusi segmen Ibrah (Salafus Soleh) di IKIMFM, Ustaz Muhadir Joll sekali lagi berkongsi kisah tokoh hebat itu yang turut dikenali dengan gelaran Muhyiddin, yang bermaksud menghidupk­an agama.

Ulama menyebut, gelaran yang diberikan itu bertepatan peranan dimainkan Imam An-nawawi dalam menghidupk­an agama dengan ilmu beliau, pengajaran dan kupasan mengenai Islam.

Bagaimanap­un, dengan penuh tawaduk dan zuhud, beliau marah kepada mereka yang menggelarn­ya Muhyiddin kerana padanya, semakin tinggi gelaran itu makin susah untuk tawaduk serta ikhlas dalam melakukan kerja agama.

Menyebut sifat tawaduk dan berhati-hati dalam agama, anak murid Imam Nawawi, Imam Ibn ‘Attar berkata, gurunya itu tidak memakan buah di Damsyik. Apabila ditanya mengapa, Imam Annawawi berkata, di Damsyik banyak tanah wakaf dan tanah diambil penguasa tanpa kerelaan ditanam pokok.

Oleh itu, bagaimana beliau hendak makan buah daripada tanah yang syubhah.

Tak ambil duit gaji

Imam Ibn ‘Attar menambah lagi, Imam Nawawi tidak mengambil sesuatu daripada orang lain kecuali orang itu baik serta pengetahua­n agamanya juga baik. Beliau juga tidak mahu mengambil manfaat daripada orang lain.

Imam An-nawawi ketika mengajar di Darul Hadith, menerima gaji yang besar, namun tidak diambil sedikit pun daripada gaji itu. Beliau mengumpul duit itu dan diberikan kembali kepada ketua Madrasah. Ada kala beliau membeli tanah atau buku dan diwakafkan kepada madrasah berkenaan.

Selain mempunyai keluasan ilmu, beliau banyak membaca alquran dan berzikir. Imam Ibn Katsir menerusi Kitab Bihayah Wa Nihayah berkata, Imam An-nawawi berpuasa setiap hari kecuali hari yang diharamkan berpuasa.

Imam Az-zahabi menyebut, Imam An-nawawi sentiasa sibuk dengan ilmu dan penulisan yang dilakukann­ya hanya untuk mencari reda Allah SWT, di samping ibadat lain, menjaga dirinya serta sentiasa bersabar dengan ujian dalam kehidupan beliau.

Menurut Abu Abdillah Ibn Fattah Al-hambali, satu malam beliau bermalam dekat Masjid Umawi dan melihat Imam Annawawi solat di satu tempat agak gelap dan beliau berulang-ulang membaca ayat al-quran kerana ingin memahami ayat yang dibaca.

Tak takut beri nasihat

Imam An-nawawi sangat tegas dengan kebenaran. Beliau tidak takut memberi nasihat sekalipun kepada pemimpin. Ketika zaman pemerintah­an Raja Zahir Baibars, raja meminta pertolonga­n rakyat untuk menentang tentera Tartar dan tentera Salib.

Raja meminta ulama untuk menandatan­gani surat persetujua­n meminta rakyat menolong. Semua ulama menandatan­gani surat itu kecuali Imam Nawawi.

Raja berharap Imam Nawawi menandatan­ganinya kerana beliau sangat berpengaru­h.

Bagaimanap­un Imam Nawawi enggan, katanya, “Mereka itu telah berfatwa dengan fatwa yang tidak benar melalui sultan. Kamu tidak berhak untuk mengambil daripada rakyat harta mereka sehingga kamu kembalikan harta yang ada pada kamu dan kamu gunakan harta itu untuk berperang, barulah kamu berhak meminta daripada rakyat.”

Mendengark­an kata-kata itu, lantas raja marah dan memerintah dipotong gaji dan kerja Imam An-nawawi. Pegawai kemudian memberitah­u, Imam An-nawawi tidak mengambil sedikitpun kemewahan daripada gajinya itu. Beliau makan daripada apa yang dikirimkan oleh bapanya.

Raja Zahir kemudian berkata, “Demi Allah, aku ada niat ingin membunuhny­a. Apabila aku ingin membunuhny­a, aku melihat seperti ada singa yang sedang membuka mulutnya mahu menerkamku.”

Kehebatan dikagumi

Kekaguman orang terhadap

Imam Nawawi bukan semata-mata kerana apa yang disebut oleh anak muridnya. Ulama juga mengagumi beliau.

Imam Tajuddin al-subki menyebut di dalam kitabnya, “Bapanya, Taqiuddin al-subki pernah berjalan dengan seorang tua yang buta. Bapanya menaiki keldai dan orang tua itu berjalan. Mereka menuju ke Syam, ke tempat

Imam Nawawi pernah mengajar.

Di sebelah orang tua itu, penunjuk jalan yang sedang berbual dengannya mengenai tayamum. Kata penunjuk jalan itu, “Saya pernah melihat Imam An-nawawi dan mendengar kata-katanya dalam bab tayamum.”

Apabila Imam Taquiddin mendengar nama Imam Nawawi disebut, beliau terus turun dari keldai lantas mencium tangan penunjuk jalan itu dan memohonnya berdoa untuknya. Imam Taqiuddin berkata, “Kamu naik bersama denganku, aku tidak izinkan mata yang pernah melihat Imam An-nawawi untuk berjalan.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia