Berita Harian

Cari cinta sebenar menerusi syariat agama

-

Cinta itu tidak salah, yang salah adalah pelakunya yang tidak tahu menikmati anugerah Allah SWT yang terindah itu. Ada pelbagai peringkat cinta, namun cinta yang teratas adalah apabila segala-galanya didasari kerana Allah SWT.

Sungguh sukar untuk mencapai cinta teragung terutama bagi kita manusia yang hidup di akhir zaman yang sentiasa terdedah dengan fitnah dan ujian. Justeru, berdoalah kepada Allah SWT supaya kita bertemu dengan orang yang akan membawa kita kepadanya.

Sesungguhn­ya, makhluk diciptakan berpasanga­n, maka nikmatilah cinta melalui ikatan perkahwina­n yang sah.

Saling tertarik

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasanga­n daripada sesuatu yang tumbuh di bumi, daripada mereka (manusia) dan daripada sesuatu yang mereka tidak ketahui.” (Surah Yasin, ayat 36)

Menjadi sunnatulla­h, lelaki dan wanita saling tertarik antara satu sama lain dan jatuh cinta. Islam telah menunjukka­n jalan yang betul untuk menyemai cinta melalui pernikahan yang akan menemukan kita kepada keasyikan perasaan cinta sebenar.

Pada masa sama, janganlah kita jadikan urusan pernikahan sesuatu yang memberatka­n kerana hikmah perkahwina­n lebih penting iaitu membina rumah tangga bahagia mengikut syariat agama.

Jika konsep perkahwina­n Islam difahami pasangan yang bercinta, keberkatan akan mengiringi hidup pasangan dan rumah tangga mereka hingga akhirnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia