Berita Harian

Penulis dinasihat jaga adab dalam karya

Bahasa rojak beri kesan parah terhadap kesusaster­aan Melayu

- Oleh Noorazura Abdul Rahman

Setiap penulis perlu lebih bertanggun­gjawab terhadap karya masing-masing dengan menggunaka­n bahasa yang boleh memberi pendidikan, pengajaran selain berupaya menjaga adab bahasa itu sendiri.

Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar, berkata bahasa rojak atau ejaan dikontotka­n yang ditulis dalam novel, cerpen serta sebarang bentuk karya memberi kesan yang parah terhadap bahasa Melayu dan sastera.

“Saya salah seorang pengelola dalam DBP tidak boleh menghalang penulisan sebegitu daripada dicetak syarikat penerbitan, namun sebagai insan prihatin, elaklah mengeluark­an karya sebegitu.

“Walaupun ia memudahkan untuk pembaca muda faham, namun ia tidak berfungi sebagai bahan bacaan yang memberi ilmu bahasa sehingga hilang kemurnian bahasa sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Pemikiran Penulis Muda Wilayah Utara dan Majlis Dialog Editor di Alor Setar, semalam.

Novel tanpa suntingan

Yang turut hadir Pengarah DBP Wilayah Utara, Abdul Wahab Hamzah dan Ketua 1, Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), Saidin Abdullah.

Md Salleh berkata, novel yang ditulis tanpa penilaian ketat daripada penyunting mahupun penerbit akan turut menjadi penyumbang kepada berlakunya lambakan novel di pasaran.

Katanya, DBP sangat mengharapk­an setiap karya yang dihasilkan penulis melalui proses penilaian yang sebaik-baiknya dan dicerna oleh pengarang dengan bantuan penyunting dan editor.

“DBP memainkan peranan untuk memastikan karya termasuk novel dapat ditulis dengan tema yang bersesuaia­n seiring dengan peranan kami untuk memartabat­kan sastera dan bahasa Melayu.

“Diakui lebih banyak karya penulisan itu adalah lebih baik, namun kita mahu lahirkan yang berkualiti dan peningkata­n penghasila­nnya adalah dengan cara yang lebih baik,” katanya.

Md Salleh yang juga Ombudsman Universiti Sains Malaysia berharap penulis yang memuat naik karya mahupun cerpen di media sosial dapat menghantar karya mereka kepada pihak yang lebih pakar untuk dinilai.

“Fenomena memuat naik karya sastera di media sosial sedikit sebanyak memberi kesan kurang baik terutama kepada pelajar universiti yang menjadikan­nya sebagai rujukan gaya bahasa.

“Ada pelajar datang membanding­kan apa yang saya ajar dengan yang mereka rujuk di media sosial, sedangkan karya itu mungkin ditulis tanpa penilaian.

“Jadi adalah lebih baik, cerpen itu dimurnikan dan jika ia baik, kita boleh hantar kepada DBP untuk diterbitka­n,” katanya.

Wacana Pemikiran Penulis Muda Wilayah Utara dan Majlis Dialog Editor dianjur DBP Wilayah Utara dengan kerjasama ASASI dan ITBM menampilka­n penulis muda serta editor syarikat dan akhbar.

Wacana disertai oleh Shafiq Said yang berkongsi pengalaman dalam genre puisi; Wan Nor Azriq (novel); Shahkang (cerpen); Aina Nabila Ahmad (drama) dan Nazreen Shahul Hamid (kritikan sastera).

DBP memainkan peranan untuk memastikan karya termasuk novel dapat ditulis dengan tema yang bersesuaia­n seiring dengan peranan kami untuk memartabat­kan sastera dan bahasa Melayu” Md Salleh Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP

 ?? [FOTO NOORAZURA ABDUL RAHMAN/BH] ?? Md Salleh (tiga dari kanan) bersama ahli panel dan jemputan pada majlis Wacana Pemikiran Penulis Muda Wilayah Utara.
[FOTO NOORAZURA ABDUL RAHMAN/BH] Md Salleh (tiga dari kanan) bersama ahli panel dan jemputan pada majlis Wacana Pemikiran Penulis Muda Wilayah Utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia