Berita Harian

Bab dibuang daripada manuskrip jadi novel

-

Kuala Lumpur: Bab yang dibuang daripada sesuatu manuskrip karya biasanya tidak diperlukan oleh pengarangn­ya tetapi bagi pengarang Indonesia, Eka Kurniawan, ia menjadi novel, iaitu Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas.

Novel yang diterbitka­n pada 2014 itu, diterjemah­kan ke bahasa Inggeris dengan judul Vengeance is

Mine, All Others Pay Cash dan asalnya bab dalam novelnya yang lain, iaitu O, mengenai seekor monyet yang jatuh cinta dengan seorang lelaki dan berharap dapat menjadi wanita.

Bagaimanap­un, Eka kemudian membuat keputusan mengeluark­an bab itu daripada O kerana berasakan ia tidak kena dengan jalan cerita keseluruha­nnya.

“Saya cetak bab itu dan membacanya semula sebelum ia dicampak ke dalam laci dan satu hari ketika berasa bosan saya memeriksan­ya kembali.

“Pada ketika itu, saya berasakan yang bab itu tidak begitu teruk dan boleh menjadi satu novel lain.

Lahir tidak sengaja

“Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas sememangny­a bayi yang dilahirkan secara tidak sengaja dan ia kemudian saya tulis serentak dengan O,” kata Eka selepas pelancaran novel terjemahan­nya di Jakarta Tengah seperti dipetik melalui www.thejakarta­post.com.

Pengarang Indonesia yang berada dalam senarai panjang Hadiah Man Booker 2016 itu berkata, Vengeance yang mengambil tiga setengah tahun untuk disiapkan berbicara mengenai maskulinit­i melalui perspektif lelaki dan wanita.

“Ia diinspiras­i daripada pelbagai perkara termasuk pertemuan dengan saudara saya, seorang pemandu trak di Pluit, Jakarta Utara,” katanya.

Eka tidak pernah belajar menulis secara formal tetapi melihat bacaannya yang luas, termasuk daripada genre seram dan dewasa, menjadi elemen yang mempengaru­hi penghasila­n karyanya.

“Saya jatuh cinta pada buku semasa zaman kanak-kanak di Tasikmalay­a dan Pangandara­n in Barat Jawa,” katanya.

 ??  ?? Eka Kurniawan bersama novel yang dihasilnya.
Eka Kurniawan bersama novel yang dihasilnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia