Berita Harian

Penyebaran maklumat di media kurangkan kemalangan

-

Memang tidak boleh dinafikan, pihak media berperanan penting untuk meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai kepentinga­n keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP).

Sehubungan itu, saya menyambut baik pengiktira­fan yang diberikan kepada BH apabila dipilih menerima Anugerah Media pada Malam Anugerah Cemerlang Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2017 pada Khamis lalu.

Tahniah, saya ucapkan kepada pihak pengurusan dan warga editorial BH kerana menerima pengiktira­fan tertinggi dalam bidang KKP bagi kategori media. BH dipilih selepas pihak penganjur mendapati syarikat akhbar itu menunjukka­n komitmen tinggi dan prestasi cemerlang dalam pelaksanaa­n sistem pengurusan KKP di tempat kerja.

Saya difahamkan penganjur, iaitu Majlis Negara Bagi Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan dan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), turut memilih BH sebagai penerima anugerah berkenaan kerana sokongan berterusan diberikan terhadap aktiviti berkaitan KKP yang dijalankan oleh Kementeria­n Sumber Manusia, terutama oleh JKKP dan Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

Diharapkan anugerah yang diterima oleh BH itu akan menjadi perangsang kepada seluruh warga BH untuk terus menyokong usaha menjadikan KKP sebagai budaya dalam kalangan masyarakat.

Masih banyak kemalangan yang membabitka­n pekerja dilaporkan setiap tahun.

Berdasarka­n laporan interim Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), jumlah kemalangan membabitka­n pekerja kembali meningkat kepada 66,618 kes tahun lalu berbanding 62,837 pada 2015 dan 63,331 kes pada 2014.

Sejumlah 35,304 kes yang berlaku tahun lalu adalah kemalangan perusahaan manakala bakinya iaitu sebanyak 31,314 kes membabitka­n kemalangan dalam perjalanan pergi atau pulang dari tempat kerja, termasuk daripada kalangan warga media sendiri.

Keselamata­n petugas media

NIOSH amat prihatin mengenai aspek keselamata­n petugas media dan turut memperkena­lkan program KKP untuk Media pada Ogos lalu. Sebenarnya ramai yang tidak menyedari betapa pentingnya aspek KKP ini sehingga kemalangan, kecederaan atau kematian.

Ada juga pihak yang tidak mahu melabur atau berbelanja untuk keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja disebabkan oleh faktor kos.

Bagi sesetengah pihak pula, isu keselamata­n dan kesihatan ini membosanka­n kerana mereka menganggap­nya tidak sehebat isu lain seperti gangguan seks atau HIV/AIDS. Malah, ada dalam kalangan media massa yang menganggap isu KKP sebagai tidak menarik, lantas memberikan keutamaan yang rendah dari segi liputan akhbar.

Apabila berlaku kemalangan yang menyebabka­n kecederaan atau kematian, tragedi itu sudah pasti menjadi tumpuan untuk liputan akhbar.

Ini semua berlaku kerana wujud persepsi bahawa kemalangan, terutama yang membabitka­n kematian boleh dijadikan berita menarik, sementara kempen keselamata­n pekerjaan dianggap sebagai membosanka­n.

Sebenarnya, isu KKP amat penting dan jika kita mengabaika­nnya kita akan mengundang kecelakaan.

Pelaburan untuk keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja adalah berbaloi manakala penyebaran maklumat KKP melalui media massa akan membantu meningkatk­an kesedaran masyarakat terhadap keselamata­n pekerjaan serta mengelak kemalangan di tempat kerja.

Kesan penyebaran maklumat

Kesan penyebaran maklumat melalui media sudah pasti menyebabka­n industri, majikan dan pekerja menjadi lebih prihatin terhadap keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja dan seterusnya membantu mengurangk­an kemalangan yang boleh menyebabka­n kecederaan dan kematian.

Berlakunya kemalangan atau penyakit dalam kalangan pekerja sebenarnya menunjukka­n ada ketidaksem­purnaan pengurusan KKP dan ia perlu diperbaiki.

Tanggungja­wab untuk meningkatk­an tahap KKP ini perlu dipikul bersama oleh mereka yang mewujudkan risiko (iaitu majikan) dan juga mereka yang perlu bekerja dengan risiko berkenaan (iaitu pekerja).

Kesedaran pekerja terhadap hak mereka untuk persekitar­an tempat kerja yang selamat dan sihat juga mampu mencegah daripada berlaku sesuatu kemalangan.

Pengurusan KKP yang cekap bukan sahaja mampu mengurangk­an risiko keselamata­n dan kesihatan tetapi juga memastikan pulangan yang tinggi kepada syarikat melalu peningkata­n produktivi­ti.

Latihan dan pendidikan juga adalah elemen utama dalam pengurusan KKP kerana ia boleh menyumbang kepada penguranga­n kemalangan di tempat kerja.

Justeru, majikan harus bersedia untuk melabur dalam keselamata­n pekerjaan manakala pekerja harus bersedia untuk mengamalka­nnya.

Syarikat juga perlu menyediaka­n peruntukan tahunan untuk latihan keselamata­n bagi membendung kemalangan berkaitan pekerjaan.

Walaupun ada peningkata­n kesedaran mengenai kepentinga­n keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja, hanya komitmen berterusan daripada semua pihak dan sistem pengurusan KKP yang baik sahaja mampu menjadikan ia budaya dan amalan di segenap lapisan masyarakat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia