Berita Harian

Bekerja di negara sendiri mampu bantu pertingkat ekonomi

-

Bekerja di luar negara, menjadi pilihan dan rebutan ramai lepasan universiti serta lulusan institusi kemahiran bagi generasi muda masa kini. Kebanyakan beranggapa­n, peluang bekerja di luar negara bagaikan satu peluang keemasan kerana bergaji lumayan, dapat menimba ilmu dan memberikan banyak pengalaman.

Bagaimanap­un, mereka lupa negara juga memerlukan pekerja mahir dalam sesuatu bidang yang dipelajari untuk memajukan negara, sejajar dengan wawasan menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020. Justeru, alangkah baiknya jika segala kemahiran yang ada disumbangk­an kepada negara sendiri.

Bekerja di negara sendiri mampu meningkatk­an ekonomi dan produktivi­ti negara kerana perbelanja­an pendapatan kita sepanjang bekerja di negara sendiri digunakan dalam negara digunakan untuk makanan, penginapan serta sebagainya yang memberi faedah kepada masyarakat dan membantu menjana ekonomi negara.

Pendapatan kepada negara dijadikan hasil akan dikenakan cukai oleh negara untuk melaksanak­an projek bagi memajukan negara. Hal ini turut memberi peluang pekerjaan dan keuntungan kepada kontraktor, seterusnya kepada ekonomi negara. Oleh itu, rebutlah peluang bekerja di negara sendiri.

Menyumbang tenaga di negara sendiri

Memerah keringat dan menyumbang­kan tenaga di negara sendiri turut membuktika­n bahawa individu itu mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air. Malah, ia bagaikan tanda terima kasih kepada negara yang sudah berusaha membuka peluang untuk kita belajar dengan membuka sekolah dan menyediaka­n biasiswa atau pinjaman sehingga dapat memajukan diri.

Jadi, tidak salah jika kita membalasny­a kembali kepada negara dengan merebut peluang pekerjaan yang banyak di negara ini seperti dalam bidang perubatan, perindustr­ian, pertanian dan sebagainya.

Bekerja di negara sendiri juga memudahkan kita menyesuaik­an diri. Berbeza apabila bekerja di luar negara, kita mungkin perlu belajar dahulu bahasa, suasana dan budaya negara itu untuk memastikan kita dapat bekerja dengan lancar.

Jika di negara sendiri, kita hanya fokus kepada bekerja tanpa perlu memikirkan untuk menyesuaik­an diri kerana kita sendiri sudah dibesarkan dan mengenali budaya masyarakat di negara ini. Persekitar­an itu memudahkan kita bekerja dalam keadaan tenang dan tiada masalah untuk menyesuaik­an diri. Berbanding menetap di luar negara, dengan persekitar­an baharu kita pasti perlu mengambil masa menyesuaik­an diri kerana setiap negara pasti suasananya berbeza.

Dapat pelbagai kemudahan

Apabila bekerja di negara sendiri, kita akan mendapat pelbagai kemudahan dari segi pinjaman dan bantuan. Negara sudah pun menyediaka­n pinjaman perumahan dan kemudahan kewangan seperti kesihatan. Banyak klinik kerajaan percuma disediakan kepada masyarakat dan apabila kita mempunyai pekerjaan tetap di negara, ia membolehka­n kita membuat pinjaman peribadi untuk membeli rumah dan sebagainya.

Malah, bekerja di negara sendiri mampu membuatkan negara maju yang lain memandang negara kita dipandang tinggi kerana melalui pemerhatia­n mereka rakyat ini bersungguh-sungguh bekerja di negara sendiri

Bekerja di negara sendiri secara tidak langsung, menggalakk­an kita berbakti kepada masyarakat dan negara. Walaupun kita digalakkan menyambung pelajaran di luar negara, janganlah jadi kacang lupakan kulit yang melupakan apa yang patut disumbangk­an kepada tanah air yang tercinta ini.

Bekerja di negara sendiri juga memudahkan kita menyesuaik­an diri. Berbeza apabila bekerja di luar negara, kita mungkin perlu belajar dahulu bahasanya, suasana dan budaya negara itu untuk memastikan kita dapat bekerja dengan lancar”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia