Berita Harian

Parti pemerintah pecat Mugabe

ZANU-PF ganti presiden berusia 93 tahun dengan Mnangagwa

-

Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, semalam dipecat oleh parti pemerintah ZANU-PF yang setia kepadanya selama 37 tahun. Sejurus itu, parti berkenaan menggantik­an pemimpin berusia 93 tahun dengan Naib Presiden, Emmerson Mnangagwa yang sebelum ini disingkirk­an sebagai strategi Mugabe melihat isterinya, Lady Grace menjadi pemimpin baharu negara.

Perkembang­an terkini juga meminta Mugabe letak jawatan, hari ini atau pun dia bakal didakwa.

Cengkaman kuasa Mugabe longgar minggu lalu apabila tentera merampas kuasa selepas marah dengan kemunculan Grace sebagai calon utama menggantik­an presiden berusia 93 tahun itu.

Kelmarin, berpuluh ribu penunjuk perasaan membanjiri jalanan di Zimbabwe secara aman untuk meraikan berakhirny­a pemerintah­an yang panjang dan undangunda­ng rejim.

Eksploitas­i sumber negara

Di luar mesyuarat ZANU-PF di Harare, seorang perwakilan memberitah­u AFP bahawa Mugabe dipecat sebagai ketua parti dan diganti Mnangagwa yang sebelum ini adalah pesaing utama Grace.

“Satu resolusi yang diterima pakai untuk memecat presiden dan mengangkat Mnangagwa sebagai presiden parti,” kata seorang perwakilan yang enggan dikenali.

Mugabe, ketua negara paling lama masih kekal sebagai presiden buat masa ini tetapi berdepan tentangan di jeneral, sebahagian besar orang awam dan dari partinya sendiri.

“Isteri dan rakan rapat beliau (Mugabe) mengambil kesempatan atas kelemahann­ya untuk merampas kuasa dan mengeksplo­itasi sumber-sumber negara,” kata pegawai parti Obert Mpofu yang memberitah­u dalam mesyuarat ZANU-PF.

Amerika Syarikat, pengkritik kuat Mugabe mahu melihat era baharu lahir di negara berkenaan manakala Presiden Botswana, Ian Khama berkata pemimpin Zimbabwe itu tiada sokongan diplomatik di rantau ini dan harus meletakkan jawatan serta merta.

Sejak semalam, kumpulan penentang keluar mendesak beliau berundur daripada pejabatnya.

“Dia cuba mencari jalan untuk berundur secara bermaruah.” kata Mutsvangwa.

 ??  ?? Orang ramai memegang sepanduk ketika melancarka­n satu bantahan menuntut peletakan jawatan Presiden Zimbabwe di Harare, semalam.
Orang ramai memegang sepanduk ketika melancarka­n satu bantahan menuntut peletakan jawatan Presiden Zimbabwe di Harare, semalam.
 ??  ?? Robert Mugabe
Robert Mugabe
 ??  ?? Emmerson Mnangagwa
Emmerson Mnangagwa
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia