Berita Harian

Isyarat satelit beri harapan baru cari kapal selam

-

Buenos Aires: Harapan menemui mangsa terselamat dalam kapal selam Argentina yang hilang bersama 44 anak kapalnya kembali cerah selepas tentera laut mengesan panggilan didakwa mereka panggilan kecemasan.

Tiada sebarang komunikasi diterima daripada kapal ARA San Juan sejak awal Rabu lalu sekali gus memaksa Buenos Aires melancarka­n pencarian udara dan laut dibantu beberapa negara, termasuk Brazil, Britain, Chile, Uruguay dan Amerika Syarikat.

Jurucakap tentera laut Argentina, Enrique Balbi pada Sabtu lalu memberitah­u, operasi mencari bagaimanap­un menemui jalan buntu berikutan cuaca ribut.

Begitupun, menteri pertahanan berkata, tujuh isyarat satelit dikesan mungkin hasil percubaan kapal selam berkenaan untuk berkomunik­asi.

Isyarat berkenaan diterima pada 10.52 pagi (1352 GMT) dan 3.42 petang (1842 GMT) di beberapa pangkalan tentera laut menerusi bantuan pakar komunikasi satelit Amerika Syarikat, namun tidak dikunci menyebabka­n komunikasi penuh terhalang.

Cari lokasi tepat

“Buat masa ini, kami berusaha mencari lokasi tepat isyarat berkenaan dipancarka­n.” kata kementeria­n yang mengandaik­an ia datang kapal yang hilang itu.

Awal semalam, Komando Selatan AS berkata, ia dihantar sejurus pesawat Navy P8A menyertai pencarian. Pesawat berpangkal­an di Florida dengan 21 anak kapal berkenaan mendarat di Argentina pada lewat petang.

Sebelumnya, pesawat penyelidik NASA p3 mengambil bahagian dalam operasi mencari.

Terdahulu, pasukan Penyelamat Bawah Laut berpangkal­an di California berkata, dua pesawat bawah laut direka khas khusus menyelamat­kan anak kapal selam pada kedalaman berbeza di samping robot bawah laut kendalian jauh dikenali sebagai ROV turut menyertai misi.

“Kami akan lakukan apa yang perlu bagi mencari kapal selam itu secepat mungkin,” kongsi Presiden Argentina, Mauricio Macri di Twitter.

Berukuran 65 meter panjang dan lebar tujuh meter, kapal selam dibina syarikat Thyssen Nordseewer­ke di Jerman dan dilancarka­n pada 1983 dilaporkan satu di antara tiga kapal selam milik armada Argentina

Ia menjalani pengubahsu­aian antara tahun 2007 dan 2014 bertujuan mempelbaga­i fungsinya sepanjang tempoh 30 tahun. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia