Berita Harian

Takhta ‘tandas’ Raja Perancis tarikan di muzium

-

New Delhi: Sebuah takhta diperbuat pada zaman monarki Perancis kini dipamerkan di sebuah muzium di sini sebagai sebahagian daripada usaha untuk membasmi sensitivit­i dalam isu berkaitan tandas di India.

Replika takhta diperbuat dari kayu dan digunakan Raja Louis XIV itu adalah antara sebahagian tinggalan berharga yang dipamerkan di Muzium Tandas Antarabang­sa Sulabh, di pinggir ibu negara.

Kurator muzium berkata, Raja Perancis berkenaan dipercayai bergelut dengan masalah sembelit dan menggunaka­n takhta itu untuk membuang air besar sambil pada masa yang sama, menerima kedatangan rakyat.

Muzium berkenaan setiap hari menerima kunjungan ribuan pelawat untuk melihat dari dekat pelbagai bahan bersejarah.

Ini termasuk peti menyimpan tandas berusia ratusan tahun, bekas air kencing dan paip, selain mesin canggih abad ke-21 yang mampu mengubah najis manusia menjadi debu hanya dalam beberapa saat.

Agak luar biasa

Lebih banyak bahan dipamerkan, semalam sempena Hari Tandas Sedunia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) yang diraikan di seluruh dunia.

Pengasas muzium itu dan Pertubuhan Sulabh Antarabang­sa, Bindeshwar Pathak berkata muzium itu agak luar biasa dan dipercayai satu-satunya premis seumpama itu di dunia.

“Motif penubuhan muzium itu ialah untuk mewujudkan satu perbualan sihat mengenai tandas dan kebersihan.

“Kami mahu tingkatkan kesedaran orang ramai bahawa tandas bukan perkataan yang menjijikka­n,” katanya sambil bermain-main dengan sebiji bola kecil berwarna hitam, diperbuat dari najis manusia kering yang dicampur dengan gam.

Bindeshwar berkata, muzium berkenaan menjadi perhatian ramai selepas disenaraik­an sebagai salah satu daripada 10 muzium paling ganjil di dunia. AFP

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Bindeshwar menunjukka­n replika takhta daripada kayu yang digunakan Raja Louis XIV di Muzium Tandas Antarabang­sa Sulabh.
[ FOTO AFP ] Bindeshwar menunjukka­n replika takhta daripada kayu yang digunakan Raja Louis XIV di Muzium Tandas Antarabang­sa Sulabh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia