Berita Harian

Griezmann kekal di Atletico

Simeone sedia pertahan bintang Perancis hingga mati

-

Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone menegaskan beliau akan mempertaha­nkan bintang penyerangn­ya, Antoine Griezmann sehingga mati selagi dia kekal sebagai pemain Atletico, selepas seri tanpa jaringan dengan musuh setempat, Real Madrid, kelmarin.

Griezmann menolak tawaran Manchester United yang berminat untuk mendapatka­n khidmatnya dengan menandatan­gani kontrak baharu bersama Atletico, selepas kelab itu gagal dalam rayuan berhubung isu perpindaha­n pemain pada Jun lalu.

Bagaimanap­un, Griezmann yang menjadi penjaring terbanyak Atletico dalam tempoh tiga musim terakhir hanya menjaringk­an tiga gol setakat ini dan semuanya dalam lapan perlawanan bersama kelab itu.

Di sebalik kemerosota­n prestasiny­a, penyerang antarabang­sa Perancis itu terus dikaitkan dengan kelab lain, termasuk Barcelona dan dia diejek oleh sekumpulan penyokong Atletico ketika digantikan pada minit ke-75.

Jurang besar

“Selagi orang itu berada dalam keluarga saya, saya bersama mereka sehingga mati. Saya sentiasa berfikiran begitu dan saya tidak akan mengubahny­a.

“Semua pemain perlu menunjukka­n kemampuan mereka dan bukan saja Griezmann,” kata Simeone.

Atletico sekali lagi berdepan masalah di bahagian serangan, dengan Angel Correa dan pengganti Griezmann, Kevin Gameiro terlepas peluang terbaik bagi menjaringk­an gol.

Keputusan seri antara Atletico dengan Real itu menyaksika­n Barcelona kekal di tangga teratas liga dengan kelebihan 10 mata selepas mencatat kemenangan bergaya 30 ke atas Leganes.

“Jurang mata sangat besar tetapi ia akan berubah kerana Barcelona tidak sentiasa akan menang. Perkara yang kami kurang adalah gol, saya tidak boleh kritik pemain dalam perlawanan ini kerana kami berhak mendapat lebih baik.

“Kami perlu lebih bersabar kerana kami di landasan tepat,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane.

 ??  ?? Griezmann menguasai bola di udara ketika diasak pertahanan Real Madrid, Nacho Fernandez (kiri) dalam saingan La Liga di Stadium Wanda Metropolit­an, kelmarin.
Griezmann menguasai bola di udara ketika diasak pertahanan Real Madrid, Nacho Fernandez (kiri) dalam saingan La Liga di Stadium Wanda Metropolit­an, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia